in

“Suara persis itik serati tercekik biji nangka..Nak buat konsert jelajah?” – Video As’ad Motawh Nyanyi Di’Troll’ Netizen

Asad6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam industri seni di Malaysia ni, melakukan konsert jelajah memang satu perkara penting kerana ia sebahagian daripada staregi pemasaran album penyanyi tersebut.


Tapi kalau hanya sekadar lagu-lagu single apatah lagi kalau artis itu baru sahaja berjinak dalam industri hiburan.

Rasanya cukup sekadar untuk membuat persempahan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Melainkan kalau nama tu dah besar macam Tok Ti ke, Dato’ Sheila Majid, Ella atau seangkatan dengannya boleh lah.

Kenyataan penyanyi baru yang terkenal dengan lagu hit Senyum, As’ad Motawh yang bakal mengadakan konsert jelajah ini telah mengundang kecaman netizen.

 

Suara persis itik serati tercekik bijik nangka, ada hati nak buat konsert jelajah?

Lapor mStar Online  kelmarin, As’ad Motawh mengumumkan akan mengadakan siri konsert jelajah ke seluruh negara pada Februari ini.

Menurut Asad, 18, konsert pertamanya itu akan turut disertai beberapa penyanyi lain dari syarikat rakamannya.

Disebabkan itu dia menerima kecaman hebat daripada netizen kerana hanya berbekalkan dua lagu sahaja.

As’ad Motawh dilabelkan sebagai  delusional kerana ada netizen memperlekehkan kredibilitinya apabila netizen membongkar satu video dia menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia bersama penyanyi asal, Kumpulan Armada yang begitu sumbang.

Asad
Sumber : twitter

 

Nyanyi macam ni nak buat konsert jelajah?

Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Alan Al-Padat  ini, ramai juga antara mereka yang troll berkenaan dengan konsert jelajah yang bakal berlangsung itu.

 

“Mak cik baru siap make up konsert dah habis dah…Ingat Dato Siti?” – Netizen

Asad2 Asad3 Asad4

 

Hurmm, tapi dia ada mention dia juga akan release lagu baru tu dan dilakukan bersama rakan-rakan artis lain dibawah naungan syarikat rakaman sama dengan dia. Ohh begitu.

 

Baca : Pemain Bass Maut, Isteri Vokalis Hilang, Ini Video Detik Band Seventeen Dibadai Tsunami Masa Buat Konsert

Seventeen4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.