in

“Suami suka picit dari belakang,isteri pula gemar picit dari tengah”- Ubat Gigi Punca Cerai

Featured 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, statistik perceraian dalam kalangan orang islam di negara ini pada 2017 merekodkan sejumlah 39,709 kes.


Jumlah itu menurun tiga peratus berbanding 2016 yang mencatatkan 41,030 kes seperti yang dilaporkan Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

 

Cerai hanya kerana ubat gigi

6 3
Sumber: blog

Namun itu bukan petanda kita perlu menarik nafas lega kerana trend semasa perceraian di Malaysia berada di tahap membimbangkan kerana kebanyakan alasan cerai adalah ‘tidak masuk akal’

Si suami itu dikatakan suka picit ubat gigi dari belakang, manakala isterinya pula gemar picitnya dari tengah”.

Ini merupakan salah satu alasan pelik dan tidak masuk akal dalam kes perceraian di Malaysia menurut salah seorang Anggota Jawatankuasa Hakam.

Katanya pasangan bercerai hanya kerana ubat gigi!

Katanya situasi tersebut kadangkala menjurus kepada pergaduhan pasangan sehingga bermasam muka. Sebelum mereka sepakat membawa kes ke Mahkamah Syariah, lapor Sinar Harian.

Ujar Hakam lagi, walaupun perkahwinan tersebut cuba diselamatkan namun akhirnya mereka bercerai juga.

41522833710 Mahkamah
Gambar hiasan / sumber: astro awani

Kes kedua melibatkan suami pendiam.

Mengikut cerita, isteri tahu sedari sebelum kahwin lagi bahawa suaminya membang jenis tidak banyak bercakap.

Tapi sebab nak hidup bersama, kedua-duanya membuat keputusan untuk berkahwin.

Tahun pertama perkahwinan segala-galanya indah dan penuh kasih sayang, namun lama kelamaan isteri jadi bosan dengan perangai suami yang tidak banyak bercakap.

Sebenarnya bukan si suami tidak sayangkan isterinya, namun memang sikapnya yang kurang bersembang memang sudah begitu sejak kecil lagi.”

“Malah bersama ahli keluarganya sendiri, pendekatannya tetap serupa. Tiada yang berubah.”-Hakam

Namun, tak semua orang boleh terima dengan keadaan tersebut kan? Akhirnya pasangan ini bercerai.

Laporan Jakim mendedahkan yang perceraian paling ramai melibatkan pasangan berusia antara 30-34 tahun sepanjangan tahun 2017, tak kira lelaki atau perempuan.

 

Bila kita dah kahwin maksudnya kita boleh terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita kan? Kalau bergaduh pun, cubalah sebaik mungkin untuk pertahankan rumah tangga.

Baca : “Dah setahun curang”  6 Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Suami Lafaz Cerai Sebab Isteri Tak Nak Poligami Tiba-tiba

Cer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.