Rezeki setiap orang lain-lain. Ada yang dapat suami baik sangat dan ada juga yang ditakdirkan dengan suami yang tak berapa nak elok perangainya.
Baru-baru ni seorang wanita telah berkongsi kisah rumah tangganya di Facebook yang akhirnya berakhir dengan penceraian sebanyak dua kali sebab perangai suami yang seringkali acah solo walaupun dah ada bini kat rumah.
So, Nana cerita yang dia dan suaminya berkahwin lepas beberapa bulan bercinta. Di awal perkahwinan biasalah semuanya manis bersemut tapi tak lama selepas tu, suaminya mula berubah.
Disebabkan hal ni, Nana mula melontarkan soalan dengan harapan untuk berbincang secara baik dengan suaminya tu. Tapi, semua pertanyaannya tak diendahkan.
Tapi setelah berdoa dan memujuk akhirnya suaminya itu mula lembut hati untuk berbincang dan pendedahan suaminya hanya wanita yang kuat je boleh terus tabah.
Kerana sayangkan suaminya, Nana cuba memujuk suaminya untuk mencari Allah dan memperbaiki hubungan mereka. Namun, suaminya dah membuat keputusan untuk berpisah dan mereka bercerai pada bulan Januari yang lalu.
Tiba-tiba pada tempoh seminggu sebelum habis iddah, suaminya rujuk semula melalui panggilan telefon dan kerana masih sayangkannya, Nana rasa sangat bersyukur dan gembira.
Tapi sayang sekali sebab suaminya masih sama dan hanya pulang ke rumah 53 hari selepas rujuk semula dengan Nana. Suaminya tu pun asyik marah je bila Nana tanya banyak soalan.
Bukan takat tu je, masa time raya pun suaminya pergi balik beraya dekat rumah mak ayahnya sendiri dan meninggalkan Nana semasa dia berada di tempat kerja. Ketika itulah Nana mula mendapat kesedaran untuk keluar dari perkahwinan tersebut.
Nana sekarang tengah dalam proses merawat dirinya dan sedang berusaha untuk dapatan balik dirinya yang dah hilang sejak kenal dengan suaminya tu. Sebelum menamatkan luahan hatinya, Nana sempat memberi nasihat buat semua yang membaca.
Semoga Nana terus tabah menghadapi dugaan ni…