in

Suami Dirotan Isteri Kerana Gagal Penuhi Permintaan Seks 10 Kali Sehari

Suami Rotan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya kita dengar berita tentang keganasan rumah tangga yang dialami oleh wanita apabila didera suami sendiri. Namun, sebenarnya ada juga kisah suami dilayan dengan kasar oleh isteri sendiri seperti kisah ini di mana seorang suami terpaksa menahan penyeksaan selama bertahun-tahun kerana didera isterinya.


Menurut The Star, seorang pekerja kilang yang menetap di Klang mendakwa dirotan isteri setiap kali gagal menuruti dan memuaskan nafsu seks wanita itu.

Suami Rotan1
sumber: the star

Lebih dahsyat lagi, wanita berusia 31 tahun itu mengajaknya untuk bersetubuh sehingga 10 kali sehari! Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia tidak boleh menolak permintaan isterinya meskipun dia memberi alasan seperti terlalu penat selepas habis bekerja.

Jika dia gagal menuruti, dia akan diarahkan untuk berlutut sebelum dirotan isterinya itu berkali-kali. Lelaki tersebut turut mendakwa telah diperlakukan sebegitu oleh isterinya selama bertahun-tahun sehinggalah baru-baru ini dia sudah tidak dapat menahan seksaan itu.

Suami Rotan2
gambar hiasan

Disebabkan tidak tahan dengan penderitaan yang dilaluinya, mangsa telah meminta bantuan daripada Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng.

Menurut Kuan, lelaki itu menunjukkan kepadanya kesan rotan di seluruh badan dan punggungnya. Hasil pemeriksaan mendapati badan dan punggung lelaki itu dipenuhi kesan lebam. Bagaimanapun, mangsa enggan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana malu dan mahu menjaga hubungannya bersama isteri.

Kuan kemudian menasihatinya untuk berbincang bersama isterinya yang juga seorang suri rumah itu untuk membawanya mendapatkan bantuan perubatan serta kaunseling.

Suami Rotan3
gambar hiasan

Menurut Kuan lagi, pada tahun ini dia menerima dalam tujuh hingga lapan kali laporan mengenai penderaan suami tetapi mungkin banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana suami berasa malu untuk berbuat sedemikian. Mangsa kebanyakannya berusia dalam lingkungan 30an ke 40an namun menurutnya ada juga kes yang diterimanya dari suami yang berusia lebih 50 tahun.

Lebih teruk lagi, Kuan turut berkata bahawa kadang kala ada sesetengah isteri menggunakan pisau untuk mengugut suami mereka.

Tidak kira jantina lelaki atau perempuan, penderaan perlu dilaporkan. Minta bantuan secepatnya jika anda adalah mangsa dera!

Baca: “Suami menderita penderaan emosi dan psikologi jika isteri enggan berhubungan seks,” – Ahli Parlimen Setiu

Chec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.