“Suami dan saya tidak pernah buat laporan polis, its a free country” – Raja Permaisuri Agong Terkejut Apabila…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam, seorang lagi individu telah ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Susulan penangkapan itu, Tunku Azizah meluahkan rasa sedih dan terkilan terhadap penahanan individu berkenaan.

Reaksi mengejutkan itu diluahkan melalui laman Twitter @cheminahsayang pada pagi Sabtu selepas diberitakan hal itu menerusinya anakandanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al- Sultan Abdullah.

Menurut Tunku Azizah, penahanan itu tidak sepatutnya berlaku kerana baginda tidak pernah mengambil serius setiap kata-kata yang ditulis individu berkenaan.

“Suami saya dan saya tidak pernah membuat laporan polis terhadap kata-kata tidak baik terhadap kami… ini adalah negara bebas”

Bagaimanapun, semakan admin mendapati @cheminahsayang tidak boleh diakses kembali. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Permaisuri kita ok.

Baca: “Mulianya hati Tuaku…” – Tunku Azizah Akhirnya Bersuara Tentang Isu Deactivate Twitter, Bukan Sebab Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sarah M. Khir

Suka makan dan pandai masak untuk laki dan anak kite je :) and peminat Ella yeahhh