in

“Strict betul law diorang!” – Sebab Ada 8 Anak, Petani Di China Ini Didenda RM57,997

Petani China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang petani di China diminta membayar denda berjumlah 90,000 yuan (RM57,997) hanya kerana dia memiliki anak seramai 8 orang, iaitu jumlah yang telah melanggar undang-undang yang ditetapkan di republik terbabit.


Img 1625668795205 889 E1625891320703
Gambar hiasan

Lapor South China Morning Post, Liu Mouhua, 50, dari daerah Anyue, Sichuan, barat China pada mulanya diminta untuk membayar denda berjumlah 2.6 juta yuan (sekitar RM1.68 juta), tetapi ia sudah berjaya dikurangkan. Namun, jumlah denda baharu, 90,000 yuan itu masih perlu dibayar pada tahun ini.

Difahamkan, Liu dan bekas isterinya berusaha mahu mendapatkan anak lelaki. Oleh itu, pasangan terbabit terus mencuba sehinggalah mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki pada tahun 2006 dan 2010. Pun begitu, sebelum tahun terbabit, pasangan berkenaan sudah mempunyai lima orang anak perempuan.

Laporan media tempatan pula mendedahkan, pasangan terbabit mempunyai seorang lagi anak perempuan yang dilahirkan di antara tahun 2006 dan 2010. Namun disebabkan tekanan kewangan, mereka terpaksa memberikan bayi itu kepada keluarga lain untuk dibesarkan.

Kini, Liu difahamkan sedang membesarkan tujuh anaknya bersama isteri yang baru dinikahi selepas bercerai dengan bekas isterinya pada tahun 2016.

Dah pernah kena denda banyak kali

66803983 Chinababymilk E1625891464621
Gambar hiasan

Menurut sumber lagi, Liu sebenarnya sudah berkali-kali dikenakan denda kerana dia masih mempunyai anak meskipun sudah melebihi jumlah yang ditetapkan undang-undang negara.

Meskipun tidak didedahkan berapakah jumlah sebenar yang sudah dibayar Liu, mahkamah telah mengarahkan petani terbabit membayar 2.6 juta yuan pada tahun 2019 untuk tiga anak terbaharunya.

Pada awal tahun ini, kerajaan akhirnya bersetuju untuk mengurangkan jumlah denda yang perlu dibayar kepada 90,000 yuan. Malah, Liu juga dibenarkan untuk membayar denda itu secara ansuran.

“Saya akan bayar dengan apa yang saya ada setelah menolak perbelanjaan seharian anak dan ibu bapa saya. Saya akan menghadapinya dan membayar sebanyak yang saya mampu,” kata Liu.

Sementara itu, seorang wakil dari pejabat pemimpin setempat berkata, pihak mereka sedar yang Liu tidak mampu untuk membayar denda yang banyak itu. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh untuk ‘menutup mata’ kerana Liu sudah melanggar undang-undang.

Three Child Policy 0 E1625891684874
Gambar hiasan

Untuk pengetahuan, sejak Mei lalu, China mula membenarkan rakyatnya memiliki maksimum tiga orang anak.

Bagaimanapun, mereka yang memiliki anak lebih daripada jumlah ditetapkan tetap dikenakan denda. Sekiranya mereka gagal membayar, anak mereka itu tidak akan mendapat hukou (permit kependudukan). Malah, nama mereka juga tidak akan disenarai dalam rekod polis setempat.

Mereka yang gagal membayar denda, secara teorinya tidak dapat memiliki hukou untuk anak mereka, tempat tinggal tetap dan disenaraikan namanya dalam rekod polis setempat.

Walaupun begitu, menurut sumber, kesemua anak Liu sudah mempunyai hukou. Malah, dua daripada anaknya sudah berdikari daripada segi kewangan.

Sumber: SCMP

Baca: “Ramai gila!” – Viral! Ibu 25 Tahun, Selamat Lahirkan Anak Kembar 9

Fi Nak E1625891067740

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.