Kebelakangan ini memang banyak cerita tentang rakyat kita yang diberhentikan kerja disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang merencatkan ekonomi negara. Tidak dinafikan bahawa kehilangan punca pendapatan mampu memberi impak negatif kepada emosi seseorang. Apatah lagi jika mempunyai tanggungan keluarga dan lain-lain komitmen.
Terbaru berlaku satu insiden bunuh diri melibatkan seorang bekas juruterbang di Bandar Kinrara, Puchong. Kejadian dipercayai akibat tekanan yang di hadapi oleh mangsa yang dikatakan telah kehilangan mata pencarian, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan menjelaskan bahawa mangsa merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun dan telah terjun dari tingkat 12 kondominum miliknya.
Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan yang mencurigakan termasuk tiada kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
Isu pengangguran ini juga sering menjadi perbualan hangat di media sosial disebabkan oleh pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini. Memetik Sinar Harian, Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kadar pengangguran di Malaysia pada Mei lalu adalah 5.3% dan dijangka meningkat 0.3% pada bulan-bulan seterusnya.
Jadi untuk korang yang kene buang kerja tu jangan terlalu stress dan kena rancang kerjaya korang dengan keadaan norma baharu ni. Setiap usaha pasti ada hasilnya!
Baca: “Pressure nak dapat result bagus” Pelajar Bunuh Diri Lepas Kantoi Meniru Masa Exam