in

Stephen Chow Gadai Rumah Bernilai RM605 Juta Untuk Kumpul Dana Filem Baru

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah terkenal, Stephen Chow dilaporkan telah menggadai rumah agam milik beliau yang bernilai RM605 juta.


Semua ini terjadi selepas beliau menghadapi masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda baru-baru ini. Rumah agam tersebut terletak di 12 Pollock’s Path, sebuah kawasan yang pernah menjadi kawasan termahal di dunia.

Victoria Peak Hong Kong 860X574 1

Stephen Chow dilaporkan telah menerima tawaran bernilai HKD 1.1 bilion untuk rumah yang berkeluasan 5,711 kaki persegi itu, namun beliau masih belum bersedia untuk menjualnya.

Menurut sumber Straits Times, ini bukanlah kali pertama Stephen Chow menggadai rumahnya, sebelum ini beliau pernah menggadai salah sebuah rumahnya pada tahun 2011, dilaporkan bertujuan untuk mengumpul dana buat filem baru.

Filem terbaru beliau, The New King of Comedy yang ditayangkan pada tahun lepas dilaporkan kurang mendapat sambutan yang menggalakkan. Filem tersebut hanya berjaya mengumpul 624 juta Yuan, berbanding filem The Mermaid (2016) yang berjaya mengumpul 3.39 bilion Yuan di China.

Nr1Q5D3Sijk2Ppdms6Czsp2Cbbr

Agak-agaknya jika rumah agam tersebut berjaya dijual, filem apakah yang akan dikeluarkan oleh Stephen Chow?

Sumber: Straits Times

BACA: Bosan Duduk Rumah? Ini 8 Filem Terbaik Thailand Pada 2019 Yang Korang Wajib Tonton

X

Sumber: Travelvui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.