Penggunaan pengangkutan awam ataupun ‘public transport’ merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk pengguna apatah lagi bagi diorang yang menetap di kawasan ibu kota seperti Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang.
Tambah pula keadaan jalan raya yang semakin sesak dengan kenderaan sejak kebelakangan ini, orang ramai akan mengambil inisiatif menggunakan ‘public transport’ untuk memudahkan perjalanan mereka ke destinasi.
Tak ketinggalan dengan penggunaan prasarana yang disediakan oleh kerajaan, Presiden MUDA iaitu YB Syed Saddiq dilihatkan turut menaiki tren semasa dalam perjalanannya untuk mulakan kerja.
Cantik baju batik YB @SyedSaddiq 👀 pic.twitter.com/x6NJJD3tXT
— Rojak Socks (@RojakSocks) May 30, 2022
Klip video berdurasi 9 saat yang dikongsikan di Twitter ini memaparkan keberadaan Syed Saddiq dalam tren sambil berdiri seperti orang lain telah mendapat perhatian netizen kerana disifatkan ‘selamba’ menaiki pengangkutan awam.
“Macam mana dia boleh steady naik public transport? Like takde guard ke pape pulak tu?” – Komen netizen
“Siap baju batik beb…”
Bukan itu saja, keselesaan Syed Saddiq berada di kawasan awam juga menyebabkan ramai kagum kerana dirinya yang kelihatan tidak teragak-agak untuk menggunakan pengangkutan awam sambil berbaju batik!
Tweet tersebut juga telah mendapat perhatian dari Syed Saddiq sendiri yang berterima kasih kerana pemilik akaun tersebut memuji dirinya yang memakai baju batik dan mengatakan bahawa pemakaian batik adalah seksi.
Thanks bro!
Batik is sexy!
Kalau terserempak jangan lupa hello-hello! 😬 https://t.co/34LcXeu6Zl
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 30, 2022
Ada yang kata bagus tindakan Syed Saddiq gunakan ‘public transport’, sekurang-kurangnya dapat tingkatkan lagi awareness di kalangan orang awam supaya mengurangkan penggunaan kenderaan yang boleh menghasilkan karbon monoksida sehingga menyebabkan pencemaran udara.
Agak-agak YB dengar lagu apa tu eh?
Baca: “Tolongla empati sikit” – [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Isu Veteran ATM Berjemur Tengah Panas