in

Stanislav Petrov, Hero Soviet Yang Selamatkan Dunia Dari Kemusnahan Besar

Untitled Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahukah anda, kira-kira 37 tahun lepas — sejarah menyaksikan dunia berada di hujung tanduk untuk menghampiri satu kemusnahan besar-besaran.


Ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, hampir memungkinkan Perang Nuklear berlaku.

Namun ada seorang lelaki yang berjaya mencegah potensi bencana ini daripada terjadi.

Memandangkan isu Perang Dunia Ketiga sedang hangat diperkatakan ketika ini, seorang pengguna Twitter @shmlsanxion ada berkongsi tentang fakta yang tidak diketahui ramai ini.

Stanislav Yevgrafovich Petrov, adalah nama hero Soviet yang telah menyelamatkan dunia suatu ketika dahulu.

Tumblr Owh4Kumvjc1Uqhpjco2 1280

Screen Shot 2020 01 11 At 10.47.55 Am

Difahamkan, ketika itu Stanislav Petrov merupakan pegawai bertugas di fasiliti ketenteraan Kesatuan Soviet.

Fasiliti tersebut menempatkan sistem amaran awal (early-warning system) “Oko” yang mengawasi sekiranya ada pelancaran peluru berpandu antara benua atau intercontinental ballistic missile.

Screen Shot 2020 01 11 At 10.52.39 Am

Screen Shot 2020 01 11 At 10.55.01 Am

Ini sekali gus membuatkan semua orang di fasiliti tersebut merasa cemas.

Namun Petrov bersikap sedikit skeptik terhadap sistem amaran awal yang baru dilepaskan untuk “combat duty” itu, menyebabkan beliau membuat kesimpulan bahawa ia mungkin satu kesilapan sistem — justeru ia mengeluarkan amaran palsu.

Ketika itu, Petrov juga berpendapat — sekiranya benar Amerika Syarikat ingin memusnahkan Kesatuan Soviet dengan nuklear, mengapa tidak negara itu melancarkan ratusan misil sekali gus? 

58C985Cb6Ff8016B008B5132

Screen Shot 2020 01 11 At 11.02.54 Am

Strategi ini dikenali sebagai “Mutual Assured Destruction” atau dalam bahasa mudahnya, — “Kau meninggal, aku meninggal”.

Selepas melihat satu demi satu amaran dikeluarkan sistem amaran awal itu, sehingga menunjukkan 6 buah ICBM dilancarkan — Petrov dan orang bawahannya ketika itu dalam situasi “tunggu dan lihat”.

Rocket 2587934 1920

Screen Shot 2020 01 11 At 11.17.09 Am

Hasil siasatan mendapati bahawa, amaran palsu sistem “Oko” itu dikeluarkan oleh kerana berlaku sedikit gangguan yang disebabkan oleh penjajaran luar biasa di antara cahaya matahari, awan beraltitud tinggi serta satelit Kesatuan Soviet itu sendiri.

Menurut laporan Pejabat Kongres Amerika Syarikat, sekiranya serangan balas besar-besaran oleh Kesatuan Soviet ini berlaku — dianggarkan bahawa ia akan membunuh 35-77% populasi Amerika Syarikat atau 82-180 juta orang!

Dan sekiranya Amerika Syarikat pula melancarkan serangan balas atas tindakan Kesatuan Soviet melancarkan misil, ia akan membunuh 20-40% populasi Kesatuan Soviet, atau 54-108 juta orang.

Sebenarnya pada tahun 1983, Kesatuan Soviet mempunyai 35,804 peledak nuklear dan Amerika Syarikat mempunyai 23,305 peledak nuklear. Fuh!

Screen Shot 2020 01 11 At 11.21.23 Am

Screen Shot 2020 01 11 At 11.22.06 Am

Dan begitulah kisah sang penyelamat ini, yang kemudiannya sampai kepada pengetahuan seluruh dunia ketika ini. Pada Mei 2017, Petrov akhirnya meninggal dunia pada usia 77 tahun.

19Petrov Superjumbo

Untuk rekod, kisah Petrov juga ada diadaptasi ke dalam bentuk filem, yang bertajuk ‘The Man Who Saved The World’.

Maxresdefault

Baca: Amerika Syarikat Bunuh Komander Iran, Netizen Bimbang Tercetusnya Perang Dunia Ketiga

Screen Shot 2020 01 11 At 11.30.36 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.