in

Amerika Syarikat Bunuh Komander Iran, Netizen Bimbang Tercetusnya Perang Dunia Ketiga

Untitled Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, Amerika Syarikat dilapor melancarkan serangan udara menyasarkan pangkalan kumpulan militia Kataib Hezbollah di Iraq — sekali gus dilihat berupaya menjadi titik awal konfrontasi bersenjata Washington – Tehran.


Umum mengetahui, Kataib Hezbollah selama ini mendapat sokongan besar Iran.

Tidak seperti militia Iraq yang disokong Iran seperti Hashd al-Shaabi, yang mempunyai hubungan secara perundangan dan ketenteraan rasmi kepada tentera Iraq — Kataib Hezbollah pula dikawal secara langsung ketua-ketua tentera dan agama Iran.

Sekali gus serangan menyasar Kataib Hezbollah sebenarnya, merupakan isyarat amaran yang jelas oleh Amerika Syarikat kepada Iran dan mampu melonjak ketegangan.

Dan semalam, Tehran menerima satu khabar besar iaitu kematian seorang jeneral tentera Revolusi Iran dalam satu serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Serangan itu diluluskan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Selain Qasem Soleimani, seorang lagi yang maut adalah komander tentera Iraq iaitu Abu Mahdi Al-Muhandis.

Ia nyata memicu kemarahan besar rakyat di kedua-dua negara kuasa nuklear berkenaan, dan media mula melaporkan kesediaan Iraq dan Iran untuk membalas semula serangan terhadap Amerika Syarikat.

Capture 1

Ketegangan ini juga menjadi buah mulut netizen, sehingga mereka membuat spekulasi — adakah perang dunia ketiga bakal tercetus tidak lama lagi?

4 1

1 1

2

3

Malah beberapa jam selepas serangan itu juga, Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad turut dilapor mengarahkan semua warganya meninggalkan Iraq dengan segera atas faktor keselamatan.

 

Baca: “Tunggu tentera Allah turun” – Israel Bertambah Ganas, Musnahkan Bangunan Kerajaan Yang Pernah Ditaja Malaysia Guna ‘Concussion Rocket’

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.