in

China Kerah Sebahagian Besar Tenteranya Ke Sempadan India, Pemerhati Ramal Perang Dunia Ketiga?

Untitled Collage 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertikaian sempadan antara China dan India semakin memuncak, susulan insiden pertempuran berdarah melibatkan tentera kedua-dua republik itu baru-baru ini.


Tiada sebarang tembakan senjata api dilepaskan dan tentera saling bertempur menggunakan batang besi, serpihan kayu dan batu — namun, ia mengakibatkan jumlah kematian yang agak besar.

BBC melaporkan 20 tentera India maut, manakala sekurang-kurangnya 40 tentera China turut terkorban dalam kejadian itu — sekali gus disifatkan sebagai konfrontasi paling ganas antara kedua-dua pihak dalam tempoh 45 tahun.

Terkini, Express UK melaporkan China menambah bilangan tenteranya dalam skala besar ke sempadan itu selain turut mendirikan beberapa infrastruktur ketenteraan — apa yang disifatkan pemerhati sebagai persediaan untuk berdepan kemungkinan perang dengan India.

Menerusi maklumat yang diperoleh pemerhati India, Beijing dikatakan telah mengarahkan pembinaan helipad dan kubu bawah tanah. Ini menurut mereka, turut disokong oleh beberapa gambar satelit sebagai bukti.

China Has Built A Number Of Military Structures On India S Border 1300862

Tindakan China ini bagaimanapun kurang disenangi oleh India, yang mendakwa ia sebagai satu bentuk pencabulan terhadap perjanjian dicapai pada 1993 — yang mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menghadkan sebarang aktiviti ketenteraan di sempadan tersebut.

Dakwa India lagi, China sebenarnya dikesan telah mengerah sejumlah besar tenteranya ke lokasi itu sejak Mei lalu.

Meskipun rundingan sedang dibuat berhubung insiden terbaharu itu, namun India-China sehingga kini masih lagi saling menuding jari sekali gus memberi bayangan masa depan yang kekal kabur antara kedua-dua pihak.

 

Baca: “Situasi makin buruk” – Iran Naikkan Bendera Merah Atas Kubah Masjid, Petanda Perang Dunia 3?

Q 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.