Jika anda peminat kasut dan streetwear acara SneakerLAH pastinya satu acara yang paling dinanti-nantikan setiap tahun dan untuk edisi ke-7 tahun ini, SneakerLAH menjanjikan konvensyen kasut gaya hidup yang lebih meriah dan terbesar dengan kerjasama daripada banyak jenama dan nama-nama besar dalam industri.
Konvensyen tahunan yang mengumpulkan peminat sneaker dan streetwear, pengumpul dan penjual seluruh negeri dan negara ini akan diadakan di ‘rumah baharu’ tahun ini iaitu di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre) pada 7-8 Oktober 2023.
Kali pertama diadakan pada tahun 2015 di Lot 10, edisi tahun ini menyaksikan lebih banyak tarikan yang akan dibawakan di SneakerLAH termasuk Vintage Corner, ruangan yang dikhaskan untuk peminat pakaian vintaj dan tahun ini juga buat julung kalinya akan diadakan konsert yang dibarisi oleh artis antarabangsa dan juga tempatan iaitu ConcertLAH.
Lebih menarik, SneakerLAH kali ini akan berkolaborasi dengan pereka grafik tempatan Muntasir Mohamed yang terkenal dalam scene kerana rekaan-rekaan barangan untuk jenama tempatan dan antarabangsa seperti Billionaire Boys Club, Drake, Nas dan juga Oliva Rodrigo.
Tumpuan utama para peminat di SneakerLAH kali ini pastilah penampilan istimewa Brendan Dunne dan Matt Welty yang kali terakhir menyertai acara ini pada tahun 2019 dan lebih menarik, kali ini diorang akan disertai oleh Trinidad James yang kemudian akan turut membuat persembahan di ConcertLAH. Ini bermaknya, trio rancangan bual bicara Full Size Run akan membuat penampilan khas.
Tidak cukup dengan itu, SneakerLAH kali ini akan mempersembahkan Patta World Tour yang akan memaparkan dokumentari Patta For Life selain penampilan khas oleh ‘orang kuat’ Patta sendiri iaitu Edson Sabajo.
Persiapkan diri korang untuk menyaksikan koleksi eksklusif daripada para collector pada pameran Rare Pairs di SneakerLAH nanti! Salah seorang yang akan mempamerkan koleksi adalah B53, pengumpul tempatan yang tidak asing lagi dan korang dapatlah nak tengok koleksi sneakers yang rare di dunia milik beliau.
SneakerLAH 2023 ini akan dimeriahkan lagi dengan penyertaan banyak jenama-jenama besar seperti ASICS, Skechers, Patta, Keen, Crossover, Nerd Unit, TNTCO dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan idaman korang nanti ye! Sebab acara tahun ini menjanjikan lebih daripada 60 vendor yang akan menjual pelbagai barangan yang menarik, rare dan sebagainya.
Untuk kemasukan ke SneakerLAH, tiket akan dijual pada harga RM37.50 dan tiket VIP RM100 yang akan memberikan korang kemasukan eksklusif dua jam lebih awal dari pemegang tiket biasa, ada laluan khas dan akan menerima lanyard rasmi SneakerLAH dan juga sepasang stokin.
ConcertLAH 2023
Antara penambahan yang dibuat tahun ini adalah acara ConcertLAH yang akan membariskan artis seperti Lee Hi, Alyph, ForceParkBois, Ethan Low dan pastinya tetamu jemputan, Trinidad James.
Acara konsert ini akan bemula jam 8 malam pada 7 Oktober! Jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket yang sudahpun mula dijual dengan harga RM298 atau VIP pada harga RM410.
- General Admission (RM298*)
- Kemasukan ke kawasan (GA) di ConcertLAH
- Kemasukan ke dua hari acara SneakerLAH dari 12PM
- VIP (RM410*)
- Kemasukan ke barisan VIP (paling hadapan) ConcertLAH
- Kemasukan dua hari ke SneakerLAH bermula jam 10 pagi ke atas.
- Laluan VIP khas untuk acara SneakerLAH
- SneakerLAH official lanyard bernilai RM30
- SneakerLAH official socks bernilai RM35
So, tunggu apa lagi, dapatkan tiket sama ada ke SneakerLAH atau hanya nak enjoy persembahan ConcertLAH di sini.