in

‘Smile to Pay’, China Guna Sistem Imbas Muka Untuk Bayar Makanan

Stp7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Senyum dan bayar, eh mudahnya?


Kalau korang nak tau, terdapat beberapa restoran di China yang dah buat sistem pembayaran macam ni (biasanya syarikat besar lah).

Restoran pertama yang lancarkan sistem ni ialah KFC! KFC kat Hangzhou. KFC gais. Kalau korang nak tau, KFC lagi popular dari McD tau kat sana. 

Cuma perlu scan muka di kaunter kiosk kemudian masukkan nombor telefon”

Katanya, dengan guna sistem ni boleh elak penipuan. Betul juga? Kalau kad debit @ kredit hilang, orang lain tak boleh guna kat restoran yang guna sistem pembayaran ni.

Menurut sumber, syarikat pertama yang melancarkan sistem ini ialah Ant Group (dulunya dikenali sebagai Ant Financial @ AliPay), syarikat gabungan Alibaba Group Holding Ltd.

“Dengan kombinasi kamera 3D dan algoritma yang boleh mengesan pergerakan, Smile to Pay dapat menyekat penipuan dengan berkesan menggunakan rakaman gambar atau video orang lain dan memastikan keselamatan akaun pengguna” – Jidong Chen, Direktor teknologi pengenalan diri biometrik Ant Group

Ni masa pelancaran pertama dorang September 2017

Stp

Tapi sistem ni belum digunakan dengan meluas ye. Setakat ni yang gunakan Smile to Pay adalah syarikat-syarikat berkait. Dorang guna pakai kat kafeteria syarikat dorang. Penggunaan QR code masih lagi yang paling banyak digunakan kat sana.

Korang rasa kat Malaysia sesuai tak buat macam ni?

 

Sumber : ukreuters , merdeka ,

 

Baca : “Level lain ni” – Netizen Terpegun Tengok Teknologi Imbas Suhu Sekolah Ini Yang Lain Dari Lain

Stp1

Sumber: ukreuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.