in

“Level lain ni” – Netizen Terpegun Tengok Teknologi Imbas Suhu Sekolah Ini Yang Lain Dari Lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, kita sering dingatkan untuk mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan periksa suhu badan sebelum masuk ke premis perniagaan.


Tidak terkecuali, pelajar sekolah yang sebahagiannya meneruskan sesi persekolahan mereka baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian netizen kali ni adalah satu video tentang pengimbas suhu di satu sekolah ni. Memang canggih, pakai code dan scan suhu, terus automatik masuk data. Kalau korang tak percaya, cuba tengok video oleh @NurAmirahNadiah kat bawah ni.

 

Wow canggih!

Bagus betul sekolah yang ada teknologi macam ni. Admin nampak macam student pakai QR code je, tapi yang suhu terus masuk dalam sistem tu level lain dah tu. Hebat betul!

Itulah, dah lah cuti lama, pastu musim hujan pulak sekarang ni, memang nyaman je kalau tidur. Sekali lambat sampai sekolah, memang dapat combo tembak suhu dan rotan lah.

Terima kasih cikgu-cikgu sekolah yang tak putus-putus memberikan yang terbaik untuk para pelajar. Dari letak tanda penjarakan sosial sampai scan suhu badan murid. Terbaik cikgu!

Haa.. buat yang tanya lokasi sekolah tu, ni haa nama sekolahnya. Bagus betul teknologi tu, secara tak langsung boleh tahu student mana yang datang atau tak.

 

Baca: “Sedapnya suara bro” – Viral! Pengawal Keselamatan Ambil Suhu Sambil Nyanyi Curi Tumpuan Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.