in

Skrin LCD Gergasi Jatuh Ketika Konsert Di Hong Kong Hingga Sebabkan 2 Orang Penari Cedera

F3 Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau. Itulah yang boleh digambarkan dengan kejadian kemalangan yang berlaku di sebuah konsert di Hong Kong.


Menurut Reuters, sebuah panel video LCD gergasi telah jatuh di atas pentas ketika konsert boyband terkenal di negara itu iaitu Mirror berlangsung pada Khamis lepas.

Ia telah menyebabkan dua orang penari cedera dalam kejadian itu.

17

Video kejadian telah tular di media sosial terutamanya di Twitter kerana ia sempat dirakam oleh penonton-penonton yang kebetulan sedang merekodkan persembahan tersebut dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Difahamkan, salah seorang daripada penari itu cedera parah dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan.

Namun, kini, keadaan mangsa dikatakan telah semakin stabil.

Walau bagaimanapun, kesemua ahli kumpulan Mirror dilaporkan tiada yang cedera.

18

Kejadian tersebut telah mengarahkan kumpulan tersebut untuk menunda kesemua persembahan mereka di tempat tersebut kerana masih berbaki beberapa persembahan lagi di tempat yang sama.

Menurut pemeriksaan awal, skrin gergasi itu jatuh kerana disebabkan ada wayar yang patah.

Persembahan-persembahan lain yang sepatutnya berlangsung di situ akan ditangguhkan sehingga struktur pentas itu betul-betul selamat.

Kini, lebih 13 ribu peminat kumpulan Mirror telah menandatangi petisyen di atas talian untuk memastikan pihak penganjur konsert berkenaan akan menyelesaikan masalah itu sekali gus memastikan keselamatan artis, penari dan penonton tidak tergugat.

Manakala pihak penganjur pula telah tampil memberi kenyataan dan meminta maaf di atas kejadian yang berlaku dan mereka turut berjanji akan menyiasat tentang perkara itu.

Sama-sama kita doakan kesembuhan buat mangsa-mangsa yang tercedera dalam kejadian ini. 

Sumber: Reuters

Baca: “Sabar la bro”- [VIDEO] Lelaki ‘Broken’ Layan ‘Live’ Fiq Mentor Sampai Terpaksa Dipapah 

16

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.