in

Skirt Tak Cukup Labuh, Wanita Guna Sarung Kusyen Kereta Masuk Balai Polis Di Perak

Sarung Kusyen Kereta Skirt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ada lagi segelintir pihak yang tidak peka dengan etika berpakaian ketika berurusan di agensi kerajaan walaupun sudah berkali-kali perkara ini dimaklumkan.


Daripada akur dengan peraturan yang disebut, mereka ini bertindak menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Bagaimanapun, kejadian baru-baru ini, seorang wanita bertindak kreatif apabila dia dilarang memasuki balai polis disebabkan memakai skirt yang terlalu pendek.

367456489 10230854204326785 6343525396582072432 N

Wanita yang dikenali sebagai Jeanne JY berkongsi pengalaman tersebut di Facebook mengatakan kejadian itu berlaku di salah sebuah balai polis di Perak.

Menurut Jeanne, anggota polis di situ telah memaklumkan kepadanya bahawa skirtnya perlu melebihi lutut bagi mematuhi etika berpakaian.

367460939 10230854207326860 1746120324555589826 N

Disebabkan tidak mempunyai sebarang pakaian lain, dia meminta anggota polis tersebut masa lima minit dan mempertimbangkan untuk pulang ke rumah untuk menukar pakaian.

Ketika menghampiri kenderaannya, dia mendapat idea untuk menggunakan sarung kusyen keretanya bagi memanjangkan lagi skirtnya.

Dia melilit sarung kusyen di pinggangnya dan mengikatnya dengan jaket yang ada di tangan dan dia berjaya mengikut etika yang ditetapkan selepas anggota polis membenarkannya masuk ke balai polis.

Kakitangan balai polis di situ juga mengakui kepintarannya dan memberi isyarat ibu jari sebagai tanda bagus.

“Tuan, saya cuba yang terbaik. Dia kemudian melambai meminta saya masuk. Mereka (pegawai polis) semua ketawa sehingga tidak boleh bercakap.

“Saya tak tahu bahawa saya cukup bertuah untuk menyertai Anugerah Kostum Paling Kreatif tahun ini. Tidak ada sarung untuk dipinjam di stesen,” katanya.

Memetik sumber WORLD OF BUZZ, wanita itu menjelaskan bahawa bukanlah dia tidak menghormati etika berpakaian yang ditetapkan tetapi hanya melakukannya kerana tergesa-gesa mencari masa.

Sumber: Yahoo News

Baca: Jangan diskriminasi pakaian mereka yang perlukan pertolongan – Nancy Shukri
Nancy Shukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.