Sebuah jalan utama di daerah Dusit, Bangkok runtuh pada pagi Rabu sehingga mengakibatkan sebuah lubang benam sedalam 50 meter berhampiran Hospital Vajira terbentuk, memaksa pemindahan penduduk serta menyebabkan gangguan lalu lintas yang teruk.
Menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), kejadian runtuhan di Jalan Samsen itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi, mengganggu utiliti awam dan menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan.
Pemeriksaan awal mendapati kejadian mendapan tanah berlaku berhampiran bangunan hospital, menyebabkan dua tiang elektrik dan sebuah forklift milik Balai Polis Metropolitan Samsen terjatuh ke dalam lubang benam.
Artikel berkaitan: Video Detik-detik Sebelum Kejadian ‘Sinkhole’ Di Singapura Tular Di Media Sosial
Artikel berkaitan: Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’
@friso_poldervaart BREAKING: A massive sinkhole opened early this morning on Samsen Road near Vajira Hospital, causing the road surface to collapse and expand rapidly. A burst pipe and ongoing subway construction in the area are believed to have contributed to the incident. Evacuations were ordered near Vajira Hospital, with all traffic halted at Vajira Hospital Intersection, Sanghi Intersection, and surrounding roads, leading to severe congestion. Inbound traffic from Krung Thon Bridge into inner Bangkok is especially affected. Authorities have closed the area and are carrying out urgent repairs. #Thailand #Bangkok #Traffic #RoadClosure #Hospital
Dalam kenyataan hari ini, BMA memaklumkan bahawa arahan pemindahan telah dikeluarkan kepada penghuni pangsapuri berdekatan.
“Pihak berkuasa telah mula memindahkan pesakit dan penduduk di kawasan sekitar bagi tujuan keselamatan,” katanya.
Akibat kejadian itu, laluan trafik dari Persimpangan Vajira hingga Persimpangan Sanghi serta kawasan sekitarnya ditutup sepenuhnya, manakala bekalan utiliti awam turut terjejas dan berisiko membahayakan pengguna jalan raya.
Setakat ini, pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam pada itu, Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt turut hadir di lokasi untuk meninjau serta menilai keadaan, selain menyelaras bantuan bagi menangani insiden mendapan tanah tersebut.
Sumber: Malay Mail