Kalau dulu, selalu kita dengar mengenai scammer yang kononnya pengumpul wang lama dan nak beli duit lama dari korang kan?
Tapi sekarang lain pula jenis scam yang sedang berleluasa di negara kita ini apabila tular satu perkongsian di Facebook mengenai individu yang ingin menjual duit kertas palsu.
Artikel berkaitan: “Tak lepas nak masuk CDM” – ‘Buyer’ Lesap Lepas Beli Telefon Bimbit Guna Duit Palsu
Artikel berkaitan: Beli Petai Guna Duit Palsu di Pantai Klebang, Buruh Dipenjara Tiga Tahun
“Bayar RM300 dapat RM1,000”
Menerusi posting Pelabur Bijak di X, didedahkan mengenai sindiket penjualan wang palsu ini selepas beberapa individu mengadu mereka menerima wang kertas palsu selepas berurusan di kedai dan sebagainya.
Menurutnya, tular di Facebook sebuah posting yang mendakwa ada menjual wang kertas palsu dengan nilai RM50 dan RM100 yang mana jika korang membelinya dengan harga RM300, korang akan dapat RM1,000.
Jika korang membeli dengan harga RM500, korang akan dapat RM3,500. Uish banyak jugak tu dapat, tapi duit palsu gais!
Ada
Bayar RM300 dapat RM1,000
Bayar RM500 dapat RM3,500Hari tu ada iklan kat FB
dia pesan tak boleh guna kat mesin deposit duit.
Sindiket ni makin pro bila semua machine makin canggih and accesible cuma kertas je memang rare dijaga rapi susah nak sourcing. https://t.co/CHDMEi0CDz pic.twitter.com/07bEoVSHJ1
— Pelabur Bijak 🇲🇾 🇵🇸 (@Pelabur_Bijak) September 20, 2023
Katanya lagi, walau bagaimanapun wang kertas yang dibeli ini ada ‘pantang larangnya’ apabila ia tidak boleh digunakan di mesin deposit duit di bank.
Menurut pendedahan satu portal berita, penjual wang palsu ini juga mendakwa wang kertas tersebut mempunyai kualiti dan cetakan yang hampir serupa dengan Bank Negara Malaysia (BNM).
Kerja I hari-hari check duit palsu.
Sometimes customer pun tak tahu duit dia tu palsu, sebab dia pun dapat dari kedai lain.Notes duit palsu selalunya RM100, RM50 & RM20.
Dalam ni semua duit palsu, memang advanced. Bayang Agong pun ada.
Customer ambil baki pun perlu hati-hati. https://t.co/gkErf4wgG2 pic.twitter.com/jnGBZ68Qko
— Lola (@lalalolss) September 19, 2023
Malah ia juga mempunyai nombor serial yang berbeza dan bukan yang diklon dari wang note yang lain serta boleh melalui proses UV yang digunakan pada mesin kiraan wang.
Tapi mereka yang membeli duit kertas palsu ini juga diingatkan untuk menggunakan wang tersebut hanya pada satu tempat dan tidak berbelanja melebihi RM10,000 dalam satu transaksi.
Pun begitu, harus diingatkan menggunakan wang palsu adalah satu kesalahan dan Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mengambil tindakan kepada mereka yang ditangkap memiliki wang palsu ini.
Individu tersebut juga boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah.