Adakah anda tergolong dalam kumpulan makcik atau pakcik bawang? Suka bergosip tak kira masa, di mana jua?
Jaga-jaga! Manalah tau sibuk nak menyibuk hal orang tapi sendiri pula yang tersepit.
Kepala tersangkut 5 jam di rumah jiran
Seorang wanita dari La Virginia, sebuah bandar di barat Colombia tersangkut di pintu pagar rumah jirannya selepas cuba memeriksa sama ada jirannya ada di rumah ataupun tidak.
Menurut laporan media tempatan, wanita itu tersangkut di jeriji besi rumah itu selama 5 jam.
Polis, bomba tergelak masa tolong selamatkan
Dalam gambar yang viral di media sosial seluruh dunia, wanita tak dikenali itu memakai pakaian berwarna putih sambil cuba dibantu oleh polis dan jabatan bomba tempatan.
Kehadiran wanita itu disedari jiran terbabit sebelum menghubungi pihak bomba.
Dia juga berjaya diselamatkan selepas bomba memotong jerisi besi berkenaan, selepas terperangkap selama lima jam.
“Ni bawang holland ni..besar tapi tak berapa berguna”
Kelakar kalau nak diikutkan kisah wanita ini. Tapi pintu kan ada, sibuk nak mengintai celah-celah pagar rumah orang tu dah kenapa?
Baca: Di Media Sosial, Pasti Korang Akan Jumpa 5 Jenis ‘Makcik/Pakcik’ Bawang Ni Kan?