in

Siapa Yang Pernah Pergi Mid Valley Mesti Sentiasa Kena Hadap 7 Situasi Ni

Page Mid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pun pernah pergi Mid Valley kan? Ni memang tempat lepak kot dari zaman muda-mudi sampai lah dah dewasa. Mid Valley ni biasanya jadi port lepak dan shopping sebab banyak giler kedai makan dan kedai untuk shopping. Kira all under one roof lah ni!


So, disebabkan ramai yang suka bebenor nak datang sini, ada lah pelbagai cabaran yang perlu dihadapi ye. Yang ni for sure korang boleh relate. Siapa yang pernah pergi Mid Valley mesti sentiasa kena hadap enam situasi ni.

 

1. Selalu jam

Pening weh siapa yang drive kereta nak ke Mid Valley tu. Hadoi! Tak kisah cuti sekolah ke idok, mesti sesak jalan. Kalau weekdays, time kerja memang memanjang lah jam sebab semua nak ke office yang ada kat situ atau area Mid Valley. Sesak habis! Kalau petang pun jam sebab orang balik kerja. Selalunya yang dah pro ke sini akan make sure dah keluar dari Mid Valley paling lambat pukul 5 petang. Kalau tak, hadaplah jam tu ye.

Mid2
sumber: nst

 

2. KTM selalu penuh

Korang ingat kalau korang naik KTM, korang boleh lepas dengan kesesakan? No way, man! Jangan berangan. Kalau dari Mid Valley tu, asyik penuh je KTM. Penat okay! Pastu penuh dia kadang tahap sardin beb! Awat semua nak serbu Mid Valley ni? Korang pun kadang tak faham. Oh ye, tren pun kadang tak selalu yang on time. Bila ada problem, tunggu je lah nakkk. Sabor jelah!

Mid3
sumber: blog

 

3. Parking full!

Mid Valley ni kan besar, so mesti senang cari parking. Ye betul, ada banyak gila parking space dekat Mid Valley, tapi, kalau siapa yang datang salah time, for sure pusing berpuluh kali pun belum tentu dapat parking lagi. Cuba korang try datang Mid Valley on weekdays pulak, korang biasanya akan nampak papan tanda tulis full. Tak kisah lah korang nak masuk zon mana satu pun. Semua FULL!

Mid4
sumber: foursquare

 

4. Beratur tunggu teksi panjang

Kalau time weekdays banyak je teksi ni bersusun dekat depan Mid Valley. Kalau time weekend pulak orang sanggup beratur panjang nak naik teksi walaupun sekarang macam-macam perkhidmatan macam Grab dan Uber yang boleh digunakan sebab lebih pantas dan efisyen berbanding yang kena beratur tu.

sumber: foursquare

 

5. Dalam Mid Valley sesak

Tak tahulah bila dalam Mid Valley ni yang tak sesak. Memang ramai je orang berjalan-jalan makan angin dalam Mid Valley. Korang mesti kadang rasa macam extra penat dan rimas kat dalam tu dengan lautan manusia yang membanjiri Mid Valley ni. Eceh! Kalau ada exhibition kat tingkat atas Mid Valley, ya Tuhan! Lagi extra kesesakan dalam tu kadang sampai nak jalan pun susah!

Penuh
sumber: visit kl

 

6. Lunch hour tak sah kalau tak sesak

Korang mesti faham kat mana-mana pun lunch hour memang akan sesak. Tapi kesesakan kat Mid Valley ni lain macam sikit. Orang yang dah pernah pergi sini, dah masak dah. Kalau around 12 tengah hari sampai dua petang tu, janganlah berangan nak pergi kedai makan. Semua penuh beb! Semua pun lapar dan keluar serentak untuk pergi lunch.

 

Mid Vale
sumber: trip advisor

 

7. Queue nak beli tiket wayang panjang bebeno!

Tengok movie kat cinema Mid Valley ni best sebab ada banyak choice. Ye lah, besar kot cinema ni. Macam-macam movie ada. Tapi kalau weekend, berjanggut tunggu nak beli tiket kat situ. Ramai orang kat sini sampai line nak beli tiket panjang gila! Ni semua serbu cinema sini buat ape?! Ada kadang tu korang dah beratur lama, sekali tiket movie korang nak dah habis. Sedih beb!

A 1
sumber: kl shopper

Okay guys. Korang yang selalu pergi Mid Valley for sure faham dan boleh relate dengan situasi-situasi ni kan? Kadang rasa nak pergi tapi memikirkan cabaran yang perlu korang tempuh, langsung cancel plan tu. Tapi apa-apa pun, tak dinafikan yang Mid Valley ni tetap menjadi pilihan hati kerana banyak choice.

Kenapa lah asyik jam nak ke Mid Valley ni?

Baca: 8 Perkara Hanya Student Dekat Shah Alam Je Boleh Faham

F 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.