Tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki memandu kereta lagak samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa dalam kejadian di lebuh raya DUKE menuju Ulu Klang.
Menerusi video berdurasi satu minit 20 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki yang memandu bersama anaknya mengeluarkan sekeping kad seakan kad polis kepada pemandu yang merakamnya.
Menurut perakam, pemandu terbabit didakwa membawa kenderaan secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya.
Rupanya polis bantuan
Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, identiti lelaki yang dirakam itu telah disahkan sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.
“Suspek bertindak mengeluarkan sebuah kad seperti kad polis dan menunjukkan kepada mangsa,” katanya mengenai kejadian yang berlaku pada 30 April.
Tambahnya, suspek juga ada membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Jelasnya, pemandu tersebut merupakan anggota polis bantuan di sebuah bank hadir membuat laporan polis tentang kejadian yang sama.
Suspek mendakwa, mangsa telah mengganggu laluannya tanpa memberikan lampu signal ubah haluan. Disebabkan itu, pemandu itu bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya mangsa berhenti.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1653121848870326272?s=20
Ashari berkata, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk kepada agensi polis bantuan berkenaan bertugas untuk tindakan lanjut.
Baca: “Terpaling Wira” – Tindakan Geng Kereta Parkir Di Tengah Jalan Undang Kritikan