in

“Siap tunggu mangsa” –Remaja 14 Tahun Berdepan Detik Hitam, Diekori Sebelum Dicabul Pekerja Cuci Kereta

Ft Cabul 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kaum hawa terutamanya buat golongan yang masih remaja, korang perlulah sentiasa berhati-hati apabila keluar rumah. Min nasihatkan sebaiknya korang sentiasa membawa teman yang dipercayai untuk menemani kemana sahaja dan tidak keluar rumah seorang diri.


Banyak kes jenayah yang berlaku kini yang melibatkan golongan wanita, gadis dan remaja. Ini disebabkan penjenayah lebih suka memilih untuk menjadikan kaum hawa sebagai mangsa kerana menganggap mereka sebagai ‘easy prey’.

Belum bertemu buku dengan ruas lagi. 

Terbaru, seorang remaja perempuan terpaksa menempuhi detik hitam apabila dia diekori oleh seorang pekerja cuci kereta ketika sedang menunggang motosikal. Bukan itu sahaja, remaja yang berusia 14 tahun itu malah dikatakan telah dicabul oleh suspek sebaik sahaja dia tiba di rumahnya.

What? Depan rumah pun dia berani?

Memetik laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku di Butterworth kira-kira pukul 9 malam semalam, 10 Disember 2020.

 

Keluar beli burger, diperhatikan lelaki ‘asing’ 

Sewaktu kejadian, mangsa telah keluar rumah berseorangan dengan menunggang motosikal untuk membeli burger tidak jauh dari kawasan rumahnya. Ketika berada di lampu isyarat, mangsa telah didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang menunggang motosikal sambil mata lelaki itu ‘asyik’ memerhatikannya.

Cabul Ikut

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki ‘asing’ itu terus mengekori mangsa. Remaja itu yang ketakutan telah memberhentikan motosikalnya di sebuah tapak pasar malam yang pada ketika itu dipenuhi dengan orang ramai sementara lelaki itu beredar.

 

Rupa-rupanya diekori sampai ke rumah sebelum dicabul

Setelah menunggu selama beberapa minit, mangsa kemudian pulang ke rumah kerana yakin bahawa lelaki tersebut telah beredar dari situ. Namun, apa yang tidak disangka berlaku apabila lelaki berkenaan sebenarnya telah mengekorinya sehingga ke rumah dan muncul secara tiba-tiba dari arah belakang sebelum bertindak untuk mencabulnya.

Cabul Betul

Mangsa menjerit ketakutan dan lelaki terbabit terus beredar sebelum mangsa menceritakan kepada bapanya insiden yang berlaku.

Bapa mangsa yang ‘berang’ dengan insiden yang menimpa anaknya itu terus sahaja keluar untuk mencari lelaki terbabit setelah anaknya sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal selain mengecam wajah suspek yang pada ketika itu tidak memakai topi keledar.

Suspek berjaya ditemui di sebuah kedai tayar yang terletak berhampiran dengan rumah mangsa. Bapanya kemudian telah menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

 

Suspek sudah berkahwin & ada rekod jenayah lampau

Polis terus membuat tangkapan ke atas lelaki yang berusia 40 tahun yang sudah berkahwin itu untuk sisatan lanjut. 

Tambah pihak polis, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dilakukan mendapati dia negatif dadah.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 14(1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.

Allahu, depan rumah sendiri pun dah tak selamat sekarang ni. Hati-hati gegirls kat luar sana tu.

Baca: [Video] Warga Asing Londeh Seluar & Gesel Anu Pada Belakang Wanita Di Pusat Cuci Kereta Di Shah Alam Baca Cabul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.