in

[Video] Warga Asing Londeh Seluar & Gesel Anu Pada Belakang Wanita Di Pusat Cuci Kereta Di Shah Alam

Ft Cabul Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemasukan warga asing yang semakin ‘melambak’ ke dalam negara kita ini tidak dinafikan banyak mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat tempatan.


Antaranya kes ragut, rompak dan bunuh yang dilakukan oleh mereka sehingga mendatang rasa takut di dalam negara sendiri.

 

Buat gangguan seksual di pusat cuci kereta

Baru-baru ini, tular lagi kejadian ‘jijik’ yang dilakukan oleh lelaki warga asing ini yang melibatkan seorang mangsa yang merupakan wanita tempatan di sebuah pusat mencuci kereta di Shah Alam.

Sebuah klip video yang telah dimuat naik di Facebook @Info Roadblock JPJ/POLIS ini telah berjaya menaikkan kemarahan netizen apabila ia memperlihatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki warga asing yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di pusat tersebut.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam.

Ketika kejadian, wanita itu kelihatan sedang leka membersihkan keretanya di pintu belakang. Namun, secara tiba-tiba datang pula seorang lelaki dari arah belakangnya yang cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya tanpa disedari.

Feat Cabul Laki

 

Londehkan seluar & gesel anu dari belakang

Feat Cabul 1

Lelaki itu telah melondehkan seluar yang dipakainya sebelum menggeselkan kemaluannya di belakang wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, warga asing itu tanpa segan-silu siap merakam pula perbuatan jijik itu melalui handphone yang dipegangnya.

Wanita itu yang berpusing tubuh kelihatan terkejut sambil menjerit kepada suspek. Walau bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana pengakhiran kejadian itu dan dipercayai mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki (dipercayai warga asing) melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dikatakan berlaku di sebuah pusat mencuci kenderaan di Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam tular di media sosial.

Rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki (dipercayai warga asing) melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dikatakan berlaku di sebuah pusat mencuci kenderaan di Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam tular di media sosial. Hati-hati buat kaum wanita walau di mana anda berada..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, December 8, 2020

Buat gegirls, sentiasalah berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling walau berada dekat mana sekalipun.

Baca: Pesakit Warga Emas Covid-19 Buat Gangguan Seksual Pada ‘Nurse’ Di Sebuah Hospital Di Melaka Baca Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.