in

“Siap masuk oxygen chamber” – Lelaki Bawa Lipas Ke Klinik Haiwan Lepas Terpijak Secara Tak Sengaja

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lipas, lalat dan pepijat merupakan antara makhluk perosak dalam rumah yang digeruni manusia. Haiwan-haiwan ni mampu merosakkan makanan atau barangan lain dalam rumah kita. Geli pulak bila teringat lipas terbang.



Namun, bagi lelaki ini pula, setiap nyawa adalah berharga sebab dia telah membawa lipas yang cedera di tepi jalan ke klinik haiwan. Menurut portal The Smart Local, lelaki tersebut tak sengaja terpijak lipas berkenaan.

Lipas 1

Menurut lelaki tu juga, lipas berkenaan nampak macam ada 50 peratus peluang untuk diselamatkan. Ketika itu, lipas tu masih lagi boleh bergerak.

Jadi, dia telah membawa haiwan terbabit ke klinik haiwan Doktor Thanu pada 24 Mei lalu. Namun, menurut doktor itu, bukan mudah untuk merawat haiwan tersebut sebab dia tak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang anatomi lipas.

Jadi, dalam usaha untuk menyelamatkan serangga malang itu, ia telah diletakkan di dalam oxygen chamber (ruang oksigen). Nasib haiwan itu baik sebab keesokannya lipas tu menunjukkan tanda-tanda positif.

Lipas 2

Ia kemudiannya telah dibebaskan semula ke dunia luar. Difahamkan, untuk rawatan lipas tersebut juga, lelaki berkenaan tidak perlu membayar sebarang bayaran kepada doktor haiwan yang telah membantu menyelamatkan serangga itu.

Memang betul-betul pencinta haiwan dorang ni kan. 

Sumber: The Smart Local, Facebook Work Point News 23, Matichon Online, Facebook Morning News TV3 

Baca: “Terus hilang macho”- Mula-mula Tak Perasan! Pemuda Menggelupur Bila Lipas ‘Check In’ Dalam Seluar

Lipas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.