in

“Siap bawak kipas” – Wanita Luah Rasa Sedih, Kongsi Gambar Hospital Kelihatan ‘Daif’

Page Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita bercakap pasal infrastruktur sesetengah bangunan di Malaysia, tak dapat dinafikan kebanyakan bangunan pencakar langit mempunyai bentuk yang moden selain menarik perhatian ramai pelancong untuk ke negara kita.

Namun, masih terdapat beberapa  bangunan dan juga fasiliti untuk kegunaan orang ramai yang seharusnya diberi perhatian untuk ditambah baik agar dapat memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan.


Seperti satu perkongsian di Twitter milik @dscmd_23, yang mana dia telah memuatnaik satu gambar di dalam hospital yang disifatkan agak menyedihkan kerana keadaannya yang ‘daif’.

https://twitter.com/dscmd_23/status/1495259859415371777

Wanita ini meluahkan rasa sedihnya menerusi penulisan kapsyennya di posting tweet tersebut dengan mengatakan bahawa walaupun sudah masuk tahun 2022, namun keadaan di hospital saling tak tumpah seperti hospital lama.

“Tapi hospital pun masih pakai kipas, wad rapat2… Staff hospital nak kerja pun susah. Dgn uniform diorng yg panas, cuaca panas. Come on la…”

Sambungan di thread tersebut, wanita ini juga memuatnaik video yang mana salah seorang pelawat siap mengusung kipas sendiri ke hospital untuk mengelakkan pesakit rasa panas yang berpanjangan dan telah mendapat perhatian orang ramai di tweet itu.

Twitter Full 1

Memang ramai juga yang meluahkan rasa sama apabila pergi ke hospital yang berdekatan dengan rumah mereka. Malah ada juga yang mengatakan bahawa sistem pendaftaran masih lagi menggunakan kertas.

Min difahamkan sampai ke hari ini masih lagi ramai yang bagi respon kat tweet ni. Mana taknya, RT pun dah cecah lebih 20K!

Baca: Rekod Kesihatan Rosak Sebab Banjir, Netizen Persoal Sampai Bila Nak Guna Cara Manual?

Untitled 1 12

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.