Sebuah acara konsert muzik telah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini yang telah dihadiri oleh ribuan peminat dan rata-rata perkongsian yang melintas di media sosial memang meriah.
Shila Amzah antara salah seorang artis yang membuat kemunculan ketika konsert berkenaan dan dia tampil bersama SOG (Sekumpulan Orang Gila) untuk menyampaikan lagu Pelukan Angkasa.
Artikel berkaitan : Kumpulan ‘Indie’ SOG Lakar Sejarah, Menang AJL Dengan ‘Pelukan Angkasa’
Artikel berkaitan : “Saya struggle mental dan fizikal!” -[VIDEO] Shila Amzah Dah ‘Muak’ Dengan Komen ‘Body Shaming’
Walaupun cuaca panas, persembahan terbaik telah diberikan oleh Shila dan SOG.
@era.je Power la @wearesog & @shahilaamzah ! Tapi crowd pun power weh! Panas terik pun korang tetap layan! ? #sharERA #Huasboom2023 ♬ original sound – ERA
Pun begitu, penampilan Shila Amzah ketika persembahan itu telah menjadi perhatian netizen kerana dikatakan tidak sesuai dan ketat.
Shila yang kelihatan menggayakan baju kemeja merah jambu di luar dan t-shirt bewarna putih di bahagian dalam itu telah dikecam oleh segelintir netizen.
“Saya akan berhenti daripada sosial media buat sementara. Ia dah menjadi tempat yang toksik untuk saya”
Selepas acara berkenaan berakhir, Shila memaklumkan yang dia mahu meninggalkan media sosial dan ‘berehat’ buat sementara waktu menerusi perkongsiannya di Instastory dan menyifatkan media sosial telah menjadi platform yang toksik untuk dirinya.
Setakat hari ini, masih tiada sebarang update yang dibuat oleh Shila di Instagram mahupun di X.
Sumber : Instagram