in

“Sewa murah, rupanya…” – Misteri Cerita SERAM Rumah Sewa Di Batu 10 Tanjung Karang Tidak Berpenghuni

Featured Image Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je rumah kosong, mesti ramai yang terus terfikir rumah itu sebenarnya ada ‘penghuni’ lain dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.


Dekat Malaysia ini sahaja memang banyak rumah kosong yang dianggap angker dan apabila ada yang cuba untuk menyewa rumah itu pasti tidak akan bertahan lama kerana serik kena ganggu dengan makhluk ghaib.

Vila
Gambar hiasan

Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai kisah seram yang berlaku di rumah arwah cikgu Jumbri di Batu 10, Tanjung Karang, Selangor apabila penduduk sekitar mendapat nota misteri meminta untuk uruskan mayat yang berada dalam rumah itu.

Menurut Berita Harian, mayat yang dijumpai oleh penduduk sekitar itu berkemungkinan seorang lelaki berusia 60-an berasal dari Indonesia.

83478387 1305170959666521 7215846430840193024 N
Sumber: facebook

Menurut Majlis Pengerusi Komuniti Kampung (MPKK), pada sebelum ini memang ada warga Indonesia yang diupah untuk membersihkan rumah itu, namun dia telah tidak kelihatan setahun kemudian dan kemungkinan ‘arwah’ datang semula ke kampung ini.

“Dia (lelaki warga Indonesia) sebelum ini mengambil upah membersihkan persekitaran rumah itu, tetapi tidak kelihatan setahun yang lalu.

“Saya difahamkan arwah mungkin datang semula ke kampung ini dan mangsa mungkin baru sebulan meninggal dunia,” katanya.

Mayat kemudiannya di bawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) jam 6 petang untuk bedah siasat.

Epiw6Dmvuaefgyc
Sumber: twitter

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian netizen terhadap tweet adalah kisah seram yang pernah berlaku di rumah tersebut.

Menurut @Azrulnaim777, rumah itu pada asalnya adalah milik seorang guru yang dikenali sebagai cikgu Jumbri.

Rumah tu dulu owner nya cikgu Jumbri , tapi cikgu ni dah meninggal lama dah , rumah dekat batu 10 Tanjung Karang.”

Rumah itu juga dikatakan sudah lama tidak berpenghuni dan kekal begitu sehingga hari ini.

Ephv Roueaam1Fc
Sumber: twitter

Pada sebelum ini, rumah tersebut pernah cuba untuk disewakan kepada sesiapa yang memerlukan, namun kesemua penyewa tidak sanggup dan berani untuk tinggal lama dalam rumah tu kerana dipercayai di ganggu dengan makhluk ghaib.

“Dari apa yang orang cerita , orang yang menyewa rumah tu tak lama , kadang-kadang sehari baru sewa , esok dah keluar rumah tu sebab tak tahan.

“Ada yang kata orang yang sewa situ tak sampai seminggu mesti dah keluar dari rumah tu” Azrul

“Ada pocong tengokkan akan dari luar”

Tambahnya lagi, rumah itu juga mengenakan kadar sewa yang cukup murah di mana sewa bulanannya hanya RM50.00 sahaja. Jadi bagi sesiapa yang tidak mengetahui mengenai kisah misteri rumah ini mesti akan terus sewa.

Azrul terus berkongsi pengalamannya bertanya sendiri akan individu-individu yang pernah menyewa di rumah itu, dan jawapan mereka semua sama iaitu rumah itu memang ada penghuni lain.

Ocong
Gambar hiasan

Individu pertama yang di jumpainya ialah salah seorang krew pengambaran yang menyewa di rumah itu. Namun mereka tidak menginap lama di rumah tersebut apabila tak tahan di ganggu oleh makhluk ghaib tidak kira masa.

“Akak ni ada sekali tu nak masak maggi tengahari, masa tengah masak tu, tiba-tiba ada nampak benda macam gula-gula dekat luar tingkap tengah tengok dia.

“Akak tu memang tak cakap banyak, terus lari katanya, selera nak makan maggi auto hilang, tengah hari pun boleh kena ganggu. Lepas tu nak pergi mandi pun sama katanya, nampak juga benda tu dekat bilik mandi.” Azrul

Matsalleh pun nampak hantu?

Individu kedua yang dijumpainya pula ialah sepasang foreigner yang menyewa di rumah itu juga. Katanya, mereka hanya mampu bertahan menyewa di rumah tersebut hanya dua hari sahaja.

“Kamu dah tak duduk rumah sewa tu ke?” Azrul

“Tak! ada syaitan yang menyeramkan ganggu kami, jadi kami putuskan untuk pindah ke rumah lain” Matsalleh.

Dv 02Polsley 1 Web
Gambar hiasan

Jadi memang tidak dapat dinafikan akan misteri rumah tersebut kerana sesiapa sahaja yang pernah menyewa di situ memang akan menerima gangguan dari makhluk halus.

Uish, seramnya kena kacau macam tu.

 

Baca: “Nyanyi sendiri walaupun tak on” – Patung Berhantu Elsa ‘Balik Rumah’ Lepas Dua Kali Kena Buang

Elsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.