in

“Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk” – 9 Dugaan Besar Mangsa Banjir Kena Hadap

Banjir2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam musim banjir ini memang satu dugaan besar buat mereka yang hadapinya. Sudahlah rumah ditenggelami air, lepas tu akan ada cabaran lain mereka kena hadap yang mungkin ramai tak tahu.


Memandangkan sekarang ini musim banjir yang terjadi di beberapa buah negeri, ia membuatkan Faisal Rahim yang ada pengalaman 3 kali duduk di pusat pemindahan banjir terdetik untuk kongsikan perkara ini.

Pasti ramai yang anggap bekalan makanan adalah cabaran utama kan? Bukan! Sebaliknya, ia adalah….

 

1. Masalah terbesar adalah TANDAS

Eq4 Apwvoaaak48

Katanya, semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air.

Memang agak terkesan terutamanya bagi golongan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Siksa & ngeri.

 

2. Penternak binatang paling kasihan

Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain. Mereka akan buntu untuk menempatkan haiwan ternakan mereka, mungkin tuan empunya badan ada makanan, tapi haiwan ternakan?

Malah, banyak juga haiwan yang lemas.  Itu belum ayam, kucing dan lain-lain yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.

 

3. Banyak pokok mati

Eq4 Bvfveam Gmi

Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas.

Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir. Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.

 

4. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka

Eq4 B3Bucaab93R

Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak. Pintu kayu meranti pun kembang. Kena ketam semula. SEMUA kena beli lain.

 

5. Karpet dan tikar getah kena tukar

Eq4 Ap Vkae2Yvf

Bagi kawasan banjir penduduk akan cuba memasang tiles di seluruh rumah mereka, ia bertujuan untukk memudahkan mereka bila nak kemas nanti.

 

6. Binatang dalam tanah semua keluar

Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takut kalau nampak.

 

7. Kena jauhi pokok

Eq4 C1Uuyaatjch

Biasanya musim-musim banjir ini, akan jadi lebih bahaya kalau berada di pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung seperti ular sawa, ular tedung, biawak, musang dan bermacam-macam lagi.

 

8. Kena curi

Eq4 Bveuwaeoaxm

Bila rumah dah kena tinggalkan, waktu ini lah masih ada pihak yang cuba nak ambil kesempatan untuk pecah masuk rumah orang dan cuba angkut barang-barangan berharga mereka.

 

9. Boleh kena penyakit

Eq4 Dxuuwai13Qv

Memandangkan air banjir bukanlah air yang bersih, sudah semestinya mangsa terpaksa redah air kotor. Jadi, ada Faisal Rahim menjelaskan bahawa pasti akan berlaku penyakit kulit, cirit birit selama berminggu-minggu.

Allahu, memang ujian besar buat mereka yang terkena banjir ni, seksanya yang pernah alami sahaja yang faham, emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.

 

Baca : “Tuanku rasa seperti rakyat jelata alami” – [VIDEO] YDP Agong ‘Drive’ Sendiri Redah Banjir Untuk Sampaikan Sumbangan Kepada Mangsa

Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.