in

“Setahun tak jumpa” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Momen Hairul Azreen ‘Bertemu Semula’ Dengan Anak-anak

2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa saja yang pernah menjalankan kuarantin kendiri mesti faham perasaan rindu pada ahli keluarga lain walaupun duduk dalam rumah yang sama.


Untuk mengelakkan sebarang risiko penularan Covid-19, individu yang diarahkan untuk menjalankan kuarantin kendiri perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Mesti sedih kan, duduk serumah tapi tak boleh jumpa…

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Hanis Zalikha telah memuatnaik satu klip di Instagram, menunjukkan reaksi anak-anaknya yang begitu teruja menyambut ‘kepulangan’ ayah mereka, Hairul Azreen.

Bintang filem Paskal itu dikatakan perlu menjalankan kuarantin kendiri selepas pulang daripada United Kingdom pada hujung Disember yang lalu.

Hairul kemudiannya ditempatkan di dalam sebuah bilik khas yang dilengkapi tingkap kaca untuk pelakon tersebut melihat anak-anaknya.

Melalui perkongsian kurang seminit itu, jarak antara Hairul di bilik kuarantin dan anak-anaknya hanya berbeza beberapa langkah. Namun dalam tempoh 10 hari duduk di ruang berasingan, Hairul hanya mampu melambai kepada anak-anaknya.

Sepanjang tempoh tersebut, Hairul dipantau oleh pegawai kesihatan setiap hari untuk mengesahkan bahawa pelakon itu tidak dijangkiti Covid-19 dari luar negara.

Hanis Zalikha sempat berseloroh melalui kapsyen pada post tersebut, mengatakan sudah ‘setahun’ mereka menunggu kepulangan Hairul. Betul lah tu, dari tahun lepas kan tak jumpa depan-depan?

Tamat tempoh berkuarantin, reaksi anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang terus memeluk dan mendapatkan bapa mereka membuatkan orang ramai yang melihat turut sebak.

1 Vert 1

Comel je kan family ni? Lagi-lagi yang si kecik tu, geram je.

Baca: “Tu macam baju Lin Dan je”- [Video] Ramai Terhibur Reaksi LCW, Masa IG Live Dengan Hairul Azreen

8

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.