Tahun lepas, pelakon Hairul Azreen telah mencuri perhatian ramai netizen apabila memuat naik video dia sedang bermain badminton dengan Datuk Wira Lee Chong Wei atau nama sapaannya Datuk LCW di akaun Instagram-nya. Dia juga berkata bahawa dia merupakan jurulatih Datuk LCW. Ada-ada je Hairul Azreen ni.
https://www.instagram.com/p/CDY2iEXhfSc/?utm_source=ig_embed&ig_rid=6e2e69fd-8a72-4a06-85b3-740705d08d47
Video tersebut telah mencuit hati netizen dan menganggap bahawa jaguh badminton itu bersifat merendah diri.
Kali ini viral lagi video di mana Hairul dan Datuk Wira Lee Chong Wei telah buat live di Instagram bersama dua lagi pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia dan Chan Peng Soon malam tadi. Hairul membuat live tersebut bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kerana mereka telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan badminton. We’re proud of you!
“Macam kawan lama berborak”
Video tersebut mendapat hampir 100 ribu tontonan di Instagram Hairul. Dalam video tersebut mereka kelihatan berborak santai macam dah berkawan lama. Aksi mereka membuatkan netizen tidak kering gusi. Min pun tergelak juga.
https://www.instagram.com/p/CSMo7n1l3nE/
“Tu macam baju Lin Dan je”
@aesthehun pula telah berkongsi video di akaun Tiktoknya di mana dia telah merekod video perbualan antara Hairul dengan jaguh-jaguh badminton tersebut selama hampir seminit.
Dalam video tersebut Datuk LCW telah menegur baju yang dipakai oleh Hairul. Baju yang dipakai itu merupakan baju yang diberi oleh Lin Dan kepada Hairul. Tapi apa yang lagi lawak Hairul menafikan tuduhan itu. Siapa je nak mengaku kalau baju musuh kawan kita sendiri kita pakai.
“LCW tak marah pun la”
Datuk LCW berkata “I tidak pernah bagi baju Lin Dan dekat you”. Beliau juga tidak marah pun jika Hairul pakai baju tu asalkan ada logo Yonex. Lee Zii Jia dan Chan Peng Soon hanya tergelak dengan usikan Datuk LCW. Nasib baik ada logo tu.
https://www.tiktok.com/@aesthehun/video/6993027928028237082?_d=secCgYIASAHKAESMgowth4EOwhCtCdF4kYy0AFxJNbkpxWUM4hDNYE4j%2FH4NLRp90u0awRtTzGXo8zlDHGbGgA%3D&checksum=beb03f6ae4a03f10a31601f6c85e586f8732ce734fa7bcce9747e98fff9bb4b7&language=en&mid=6876131097164450566&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAHwIXpRqw5sqRkO5kgeM5hnyBjfKqPNLhC_Qt98FtbQg6NxEbn7W63QShfVDvoHUj&share_app_id=1180&share_item_id=6993027928028237082&share_link_id=9893E40D-595B-47C9-898A-0D82AD4D3E3D&source=h5_t×tamp=1628208688&tt_from=whatsapp&u_code=dfjlj5ed211gca&user_id=6900200076850922497&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Keakraban mereka dapat dilihat dengan jelas dalam live tersebut. Walaupun berlainan bidang, mereka tetap berkawan sebab kita satu Malaysia. Netizen juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka di ruangan komen.
Apa-apapun tahniah kepada atlet-atlet yang telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Malaysia boleh!
Baca: aku tegur anak pun macam singa video netizen puji cara hanis zalikha didik anak sangat lemah lembut