Kalau tadi baru sahaja admin menulis berkenaan berita perkahwinan pempengaruh, Kim Seri dengan jejaka dari Korea Selatan bernama Choi Amin, tiba-tiba muncul pula berita yang agak mengejutkan.
Kakak ipar kepada pempengaruh ini mendedahkan bahawa adiknya yang juga bekas suami kepada Kim Seri didakwa telah ditahan pihak polis dan kini sedang meringkuk di dalam penjara kerana terpalit dengan kes jenayah yang melibatkan pempengaruh itu.
Artikel berkaitan: “Jadikanlah pernikahan ini pintu rezeki” – Kim Seri Nikah Jejaka Korea, Mohon Doa Baik Dari Netizen
Artikel berkaitan: “Scammer paling bahagia” – Kerap Muat Naik Detik Bahagia Di Sosmed, Mangsa Harap Kim Seri Tak Lupa Isu Scam
“Seri kena bertanggungjawab”
Dalam satu hantaran video yang dimuat individu kenali Hakak Tudung di TikTok, ia memaparkan perbualan mesej di antara Kim Seri dan wanita yang didakwa bekas kakak iparnya berhubung isu yang menimpa bekas suami pempengaruh itu.
Antara kandungan perbualan, wanita itu menggesa Kim Seri untuk tampil dan bertanggungjawab atas segala dakwaan kes yang dihadapi adiknya itu.
@misstudung8 Inilah jawapan kenapa Kimseri masih lepas bebas atas jenayah dia buat… bekas suami iaitu adik saya terpaksa tanggung segala jenayah dia asbab masa masih suami isteri adik saya bukakan akaun company ssm unk dia..dlm video dia sendiri mengaku bekas suami tak salah tapi dengan mangsa dia fitnah bekas suami kaw2 curi duit bagai.. Hanya Allah mengetahui segalanya.. ingat seri doa org teraniaya tu makbul
Seri kena bertanggungjawab sebab Seri yang buat.
“Allahuakhbar, harap-harap dia kumpullah bukti-bukti yang dia tak bersalah dan tak ada kena mengena,” antara isi mesej itu.
Posting yang serupa juga telah dimuat naik di grup Facebook Road To Korea dengan penjelasan yang lebih panjang daripada pemilik video yang menarik perhatian netizen.
Video dan jawapan kenapa Kim Seri masih lepas bebas sebab bekas suami yang tanggung segala jenayah dia asbab semasa suami isteri, bekas suami bukakan akaun SSM/akaun syarikat untuk dia buat travel agency.
“Jadi bila kes viral, orang report, bekas suami yang hadap kes polis dan segala jenayah dia. Sekarang bekas suami masuk lokap kena roadshow lokap sebab hadap 47 kes jenayah dia.
“Yang buat, hidup lepas bebas bahagia dekat Korea sana siap nikah dah semalam sedangkan bekas laki meringkuk kat sel atas segala jenayah dia,” katanya.
Wanita ini juga mendedahkan Kim Seri sendiri mengaku bahawa bekas suaminya tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa. Malah, setiap mangsa yang tertipu juga berurusan dengan Kim Seri dan bukan dengan adiknya.
Hujung-hujung fitnah bekas suami curi duit bagai. Doakan adik saya yang teraniaya dipermudahkan segala urusan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, nama Kim Seri mendapat perhatian warganet selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan pempengaruh ini sehingga mengalami kerugian sebanyak RM500,000.
Susulan dakwaan ini, Kim Seri telah membuat permohonan maaf dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewatnya pada 1 Februari 2025.
Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa sehingga kini wang mereka masih belum dipulangkan dan Kim Seri pula telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dari Korea Selatan.