Selalunya kalau kita ke stesen minyak seperti Petronas, sudah semestinyalah tujuan kita hendak mengisi minyak kenderaan.
Kalau nak beli barangan lain, ia boleh jadi perkara kedua sebab tak banyak barang yang dijual di stesen minyak kecuali makanan dan minuman buat mengisi perut pengguna jalan raya.
“Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia”
Namun lain pula dengan satu stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah ini apabila kedai Mesra miliknya menjual pelbagai jenis barangan yang sepatutnya boleh didapati di pasaraya. Wow!
Menerusi perkongsian @siti5874 yang juga pemilik kepada stesen minyak tersebut, dia telah memaparkan bahagian dalaman kedai Mesra di stesen minyak itu yang menjual pelbagai jenis barang termasuklah minyak masak, rempah ratus dan sayur-sayuran tau! Hebattt!
@sitinur2626 Reply to @yayaaris87 ya sis..Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia 🥰🥰 #fyp #fypシ #fypage #viral #tiktok #malaysia #petronas #petronastwintower
“Tahniah puan, ini baru orang bisnes”
Perkongsian wanita ini telah mendapat pujian netizen yang salute dengan idea unik dan kebijaksanaan pemilik stesen minyak tersebut.
Malah ramai juga yang teruja nak pergi ke stesen minyak ni sebab ia menjual pelbagai jenis barangan serta memudahkan pengguna kalau ada yang urgent nak beli barang dapur di waktu malam.
Uish kalau macam ni tak kalut lah tengah malam nak cari mini market ke apa kan. Pergi Petronas je senang!
Baca: “Respect!” – [VIDEO] Tindakan Polis Trafik Bersihkan Longkang Tersumbat Dapat Pujian Netizen