in

“Seram tapi lawak” – [VIDEO] Menyanyi Ketika Lalu Lorong Gelap, Tiba-tiba Ada Suara Misteri Sambung Nyanyi

Feature 2 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia misteri dan hospital sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selalu kan kita dengar cerita hantu di hospital atau rumah sakit. Mungkin sebab hospital ramai orang sakit kot. Orang sakit kan lemah semangat sikit. 



Kali ini admin nak kongsikan tentang sebuah video yang dirakam oleh lelaki yang sedang melalui lorong gelap di sebuah hospital di Indonesia. Video tersebut tular di Twitter setelah dikongsikan oleh @AmriieAskor baru-baru ini.

Dalam video tersebut, lelaki yang dikatakan staff hospital tersebut sedang bekerja syif malam pada ketika itu.

Untuk mengurangkan rasa takut dan sunyi ketika melalui lorong itu, dia telah menyanyi sambil merakam dirinya menyanyi.

Suara 4

Sebelum kejadian, dia telah menyanyi “Everybody dancing, hey, hey, hey”.

Namun, apa yang mengejutkan lelaki terbabit adalah apabila ada suara misteri yang menyambung dan menyahut nyanyiannya itu. Bapak seram weh!

Ada juga netizen yang mengatakan ada penampakan lembaga dalam video tersebut.

Suara 5

Namun, rata-rata netizen Indonesia terhibur dengan video tersebut walaupun seram. Nasib baik sekarang dah masuk bulan Ramadan, syaitan dah kena ikat. 

Suara 1

Suara 2

Lepas ni, korang kena lebih berhati-hati kalau lalu kawasan gelap macam ni. Takut ada yang memerhati dari jauh. 

 

Baca: Seram! Suara Misteri Muncul Dalam Video Awek Ini

 

Suara 6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.