in

Seram Tapi Comel, Kelibat Valak Pakai Topeng Muka Dikesan Dalam MRT

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura.


Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

1

2

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.

Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

3

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.

“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.

 

Sumber: Rayz Ong

 

BACA: Isu Langgar Kuarantin: Jabatan Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Lanjut Kes Menteri

Capture 2

Sumber: Rayz Ong
Sumber: Rayz Ong
Sumber: Digital Spy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.