in

Seram! Lelaki Ini Kongsi Video Simulasi Kehidupan Harian Pesakit Schizophrenia

fi schizo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghidap masalah mental pastinya ada mengalami kesukaran dalam menyebarkan kesedaran kepada orang ramai terhadap isu tersebut. Lebih-lebih lagi untuk memastikan situasi yang dialami mereka difahami kerana seperti yang diketahui, masalah mental bukanlah seperti penyakit fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Namun, jika kita sebagai golongan yang ‘sihat’ ini diberi peluang untuk merasai apa yang dialami dalam kehidupan seharian para penghidap masalah mental, pastinya kita akan faham apa yang mereka lalui.


Oleh hal yang demikian, seorang artis digital yang dikenali sebagai @xoradmagical telah berkongsikan video simulasi gambaran kehidupan harian yang dialami oleh pesakit schizophrenia di laman TikToknya.

@xoradmagical

#schizophreniasimulator #hearingvoices #neurodivergent #schism #drawing #hallucination #schizoaffective #bipolar #psychosis #schizophrenia #art #hey

♬ original sound – XORAD

Video berdurasi 20 saat itu telah pun tular ke laman sosial yang lain dan ia dianggap sebagai salah satu video gambaran yang paling tepat mengenai apa yang dialami oleh penghidap schizophrenia.

Terdapat juga individu yang meninggalkan yang mencadangkan agar content seperti ini dilakukan dengan lebih kerap supaya masyarakat dapat bersikap empati serta terdedah dengan info tentang apa yang dialami oleh penghidap masalah mental ini.

Kisah El, ‘Fighter’ Major Depressive Disorder with Psychosis 

Baru-baru ini juga telah tular seorang wanita warga tempatan, Elhaslina, yang didiagnos penyakit Major Depressive Disorder with Psychosis. Situasi penyakit yang dialami El ini lebih kurang sama dengan apa yang dikongsikan oleh artis digital tersebut.

media el 1 1

 

Namun, dikatakan El sering diganggu oleh halusinasi seorang budak perempuan bernama Amanda. Jadi, beza situasi El ialah gangguan yang dialami merupakan dalam bentuk manusia dan bukan seperti yang digambarkan oleh Xoradmagical tersebut.

Dikatakan, ‘bayangan’ Amanda tersebut tercetus daripada halusinasinya sendiri. Gangguan yang dialami El termasuklah hasutan membunuh diri dan melalukan sesuatu yang buruk kepada suaminya.

Menurutnya, Amanda boleh berubah muka mengikut emosi yang dialami oleh El sendiri. Rupanya akan kelihatan cantik apabila mood El sedang baik, manakala akan berubah kepada rupa hodoh, buruk dan berdarah apabila El mengalami depresi.

El mula didiagnos Major Depressive Disorder with Psychosis dan Borderline Personality Disorder pada hujung tahun 2018 selepas mendapati dirinya mengalami simptom-simptom depresi seperti banyak termenung, pendiam, banyak menyendiri, tak aktif seperti biasa dan cubaan bunuh diri.

Sehingga kini, El masih lagi mendapatkan rawatan dari sebuah hospital kerajaan dan dia berkata, pandangan masyarakat terhadap penyakit yang dihadapinya itu masih lagi rendah dan tiada kesedaran.

media el 2

Isu masalah mental ni satu isu yang serius ya korang…kalau ada dalam kalangan korang yang alami simptom-simptom masalah macam ni, jangan lah provoke tapi sebaliknya bantu mereka buka jalan untuk pulih. Ingat ya, jangan ambil mudah terhadap kesihatan mental!

Sumber: Mstar dan TikTok

Baca: Ejek Nama Mak Bapak, Sentuh Isu Peribadi, Ini Jenis Buli Mental Yang Patut Kita Hapuskan

baca schizo

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.