in

“Seram, dah macam diserang zombie”- Ini Keadaan Rakyat Wuhan Selepas Dikuarantin Ekoran Coronavirus

Featured 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini sebanyak 600 kes telah dikesan dengan seramai 18 orang telah dilaporkan mati akibat coronavirus.


Malah saintis menganggarkan seramai 9,700 orang di Wuhan sahaja berkemungkinan bakal dijangkiti virus ini.

Malah 11 negara telah dilaporkan ‘menerima’ virus tersebut.

Corona
Sumber: twitter

Ekoran daripada wabak ini yang dilihat semakin membimbangkan, kerajaan China terus mengambil langkah proaktif dengan mengkuarantin seluruh bandar wuhan bagi mengelakkan wabak daripa terus merebak.

Namun keputusan itu dilihat telah mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, dan ini antara situasi yang berlaku.

https://twitter.com/howroute/status/1219285703798022147?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1219285703798022147&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F01%2F24%2Fvideo-ibarat-diserang-zombie-keadaan-orang-wuhan-selepas-dikuarantin-kerana-koronavirus%2F

Malah penduduk Wuhan juga dilaporkan membanjiri hospital bagi mendapatkan rawatan dan mengesan sama ada mereka dijangkiti coronavirus atau tidak.

Tidak ketinggalan viral di twitter rakaman video pekerja yang menyelubungi diri mereka dengan plastik bagi mengelakkan dari dijangkiti wabak berkenaan.

Lebih membimbangkan, rakaman video menunjukkan penduduk di Wuhan yang dijangkiti wabak berkenaan kelihatan ‘mati seakan lalat’.

Malah katanya kerajaan China seakan cuba melindungkan kes tersebut, kemungkinan bagi mengelakkan panik.

Sehingga kini dilaporkan Malaysia masih bebas daripada virus berkenaan, namun dinasihatkan kepada semua untuk mengambil langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak ini yang dilihat semakin membimbangkan.

Baca : 500 dijangkiti, 17 kematian- Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China

Featured 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.