in

Separuh Populasi Di Malaysia Dah Terima Vaksin Lengkap COVID 19

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memberitahu, sebanyak 51.1 peratus populasi di Malaysia atau 16,680,780 individu telah pun lengkap divaksinasi semalam.


Menerusi infografik yang dikongsikan melalui Twitter rasmi JKJAV, seramai 21,080152 individu atau 64.5 peratus jumlah populasi telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala peratusan populasi dewasa di Malaysia yang telah lengkap divaksinasi pula kini telah pun mencecah ke 71.3 peratus.

Sabah kekal menjadi negeri dengan kadar populasi dewasa yang lengkap divaksinasi terendah sebanyak 47.9 peratus diikuti Kedah 51.2 peratus dan Kelantan 51.4 peratus.

Lembah Klang pula mencatatkan peratusan populasi dewasa yang dah lengkap divaksinasi tertinggi sebanyak 99.1 peratus diikuti Labuan 95.8 peratus dan Sarawak 88 peratus.

Semalam sahaja, sebanyak 322,346 dos telah diberikan dan 133,861 daripanya merupakan dos pertama dan selebihnya 188,485 merupakan dos kedua menjadikan jumlah kumulatif vaksin yang diberikan di bawah Program Imuniasasi Kebangsaan Covid-19 meningkat ke 37,714,587 dos.

Kadar vaksinasi makin memberangsangkan setiap hari!

 

Baca: Lebih Separuh Populasi Malaysia Akan Lengkap Vaksinasi Menjelang Hari Merdeka – Dr Hisham

Screenshot 2021 09 10 At 11.30.44 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.