Selepas hampir setahun sempadan negeri ditutup, kerajaan menjangkakan yang ia bakal dibuka dalam masa beberapa hari lagi selepas peratus vaksinasi mencecah 90 peratus.
Setakat semalam, kita telah pun merekodkan perastus vaksinasi Covid-19 untuk populasi dewasa sebanyak 88.4 peratus.
Ini bermakna, sasaran 90 peratus boleh dicapai dalam minggu ini di mana kadar lengkap vaksinasi hanya berbaki 1.6 peratus sahaja.
Tengah malam semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat ciapan di Twitter rasminya mengenai perkara ini.
Menurutnya, dalam masa beberapa hari lagi, rentas negeri akan dibenarkan oleh itu beliau menasihat orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Bukan itu sahaja, dengan kemudahan kit ujian kendiri yang boleh didapati di pasaran sekarang, Dr Hisham turut menasihati orang ramai untuk mengambil ujian ini secara berkala bagi memastikan orang sekeliling selamat.
In next couple of days interstate travel restriction will be lifted. It’s important to take all precautions like wearing a mask, washing yr hands & physical distancing even for those vaccinated
In keeping yr loved ones & family safe, please do periodic saliva RTK Ag self-testing
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 6, 2021
Dalam masa beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan dibuka. Penting untuk kita ambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga jarak fizikal walaupun sudah divaksinasi.
“Bagi memastikan keselamatan orang tersayang dan keluarga, tolong lakukan ujian air liur RTK secara berkala.”
Pesanannya seiring dengan saranan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam yang meminta agar orang yang ingin pulang ke kampung halaman untuk lalukan ujian air liur RTK Antigen dan menjadi individu yang bertanggungjawab apabila negara mula beralih ke fasa endemik.
Baca: Semburan Nano Mist Tak Berkesan? Dr Hisham Beri Penjelasan Sebenar…