in

“Sepadan sangat!” – Umum Sudah Berkahwin, Kenali Pilihan Hati Mizz Nina Essam Muhammad

Mizz Nina Essa Muhammad 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan dan aktivis kemanusiaan, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Essam Muhammad.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di laman Instagramnya semalam, memaparkan dia dan suami tampil sedondon dalam persalinan warna putih sambil berpegangan tangan.


Mizz Nina turut memaklumkan dia bakal mengadakan majlis resepsi tertutup di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Suami seorang penyanyi rap, penulis lirik dan pelakon

Susulan pengumuman itu, ramai tertanya-tanya siapakah jejaka yang berjaya menawan hati Mizz Nina. Meninjau ke laman Instagram Essam, di bahagian biodata tertulis kerjayanya sebagai seorang penulis lirik, penyanyi dan pelakon.

Menurut sumber, Essam merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat yang menetap di daerah Seattle yang berketurunan Maghribi.

Essam dikenali sebagai penggiat seni yang bijak mengharmonikan irama dan puisi ke dalam karya seninya dan berjaya membawa elemen unik dan kontemporari ke dalam kreativiti Islam.

Sebelum memulakan kerjayanya sebagai penggiat seni, Essam telah menamatkan pengajian ijazah dalam Pengajian Media dan Komunikasi di University of Washington Bothell pada tahun 2016.

Mula menulis puisi pada usia lapan tahun, Essam memulakan karier dalam bidang seni selepas melancarkan video pertamanya, West Is My Home pada Mei 2016.

Pelancaran video pertama itu membuka peluang kepada dirinya dijemput untuk melakukan persembahan di beberapa buah negara termasuk United Kingdom, Switzerland, Afrika Selatan dan Malaysia.

Kemudian pada awal tahun 2020, satu lagi album dilancarkan dengan tajuk Chapter20six. Karya muzik Essam mendapat perhatian ramai kerana banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah selain sering membangkitkan isu kemasyarakatan dan situasi terkini.

Kejayaan Essam dalam bidang seni juga semakin berkembang apabila videonya bertajuk Runnin dipilih untuk pameran American Muslim Futures pada September 2020.

Dia juga turut menceburi bidang lakonan menerusi filem Purple Don’t Cry arahan Mamoun Hassan dan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Seattle pada 1 Jun lalu. Bukan calang-calang orang ya!

Snapinsta.app 347871793 202123936032722 8304027623310765281 N 1024

Dalam hantaran yang dimuat naik Mizz Nina, dia dan suaminya mempunyai misi yang sama iaitu mahu berdakwah.

“Kami dedikasikan kehidupan ini ke jalan dakwah. Kami juga berkongsi impian dan aspirasi yang sama serta teruja untuk menjalani kehidupan baharu bersama.

“Apa sahaja matlamat atau usaha kami dalam segala kerja yang dilakukan di buat atas rasa percaya dan kerana Allah,” tulisnya.

Sekadar info, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.

Sepadan sangat! Tahniah diucapkan kepada Mizz Nina dan suami!

Baca: “Tolong maafkan saya” – Patahkan Hati Orang Tua, Noh Salleh Mohon Maaf
Ft Noh Salleh

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.