in

Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Kawasan Parkir Pusat Beli Belah, Proses Bersalin Dibantu Staf Mall

ibu hamil bersalin di parkir 1 Utama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita baru-baru ini berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayinya di kawasan parkir di sebuah pusat beli belah terkemuka di Bandar Utama, Selangor.

Kejadian tersebut telah berlaku di pusat beli belah 1 Utama beberapa hari lalu.


bersalin di kawasan parkir pusat beli belah

Dalam foto yang tular di media sosial, difahamkan, ibu hamil tersebut telah melahirkan seorang bayi perempuan di kawasan parkir pusat beli belah itu dan telah dibantu oleh staf pusat beli belah yang memberi sokongan kepada ibu dan membantu menyediakan skrin privasi sepanjang proses bersalin.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi 1 Utama, kejadian itu merupakan memori terindah buat pusat beli belah itu kerana tarikh lahir bayi tersebut juga merupakan hari ulang tahun yang ke-30 pusat beli belah itu.

1 Utama

Artikel Berkaitan: “Kenangan paling indah” – Ramai Terharu Lihat Video Para Wanita Sambut Kelahiran Bayi Di Bahu Jalan

Artikel berkaitan: Bapa Gigih Jual Baju Secara Livestream Di Hospital Sementara Tunggu Isteri Bersalin

Difahamkan juga, ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat dan telah digegaskan ke hospital selepas bersalin di pusat beli belah itu.

Menurut perkongsian Instagram itu juga, bayi berkenaan telah dinamakan Amira.

Semoga baby Amira yang comel akan membesar dengan sihat dan cerdas. 

Sumber: Instagram 1utama

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.