in

“Senyumnya seiras dan ‘pergi’ nya pon bersama”- Tiga Sahabat Karib Maut, Tak Sempat Bercuti Bersama

Featured 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka siapa menduga persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi akhirnya menemui noktah yang sama apabila tiga sahabat karib maut dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan untuk bercuti bersama-sama di Pulau Pinang.


Mohamad Syahidi, Khairul Amirin Tengku Kamarudin serta Mohamad Shazlimie Mohd Rosli, masing-masing berusia 24 tahun maut di tempat kejadian selepas Perodua Myvi yang dinaiki mereka merempuh bas persiaran di Jalan Gerik-Baling pada Isnin petang, lapor Berita Harian.

Manakala seorang lagi iaitu, Mohd Shahrin Rashid, 23 dilaporkan parah.

2 11

4 3
Sumber : blog

 

Saya tak sangka, persahabatan mereka yang erat sejak sekolah rendah berakhir dengan menemui ajal bersama, adik saya berkawan baik terutama dengan dua rakannya yang juga maut itu, malah mereka bersekolah di sekolah sama sejak sekolah rendah dan menengah.”-Dr Mohamad Syafiq Ahmad Kamil

1 15
Sumber : berita harian

Dr Mohamad Syafiq, 28 tahun yang juga abang kepada Mohamad Syahidi berkata mereka sekeluarga dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Syahidi pada pukul 6 petang sebaik bapanya, Ahmad Kamil Sa’ud, 62 tahun menerima panggilan daripada pihak polis.

“Keluarga saya terus bergegas ke Hospital Gerik sebaik menerima panggilan telefon, manakala saya di rumah untuk membuat persiapan menunggu ketibaan jenazah adik yang dijangka tiba petang ini(semalam).”

Dr Mohammad Syafiq berkata adiknya itu merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan mempunyai sikap yang ramah justeru arwah sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan saudara mara.

Kami tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini dengan memakai baju sedondon warna ungu menjadi sambutan terakhir bersama arwah.”

6 2
Sumber : berita harian

Katanya walaupun mereka sekeluarga terkejut dengan berita pemergian adik lelakinya itu namun mereka tetap reda dengan apa yang terjadi.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah sebelum dia bertolak ke Perlis. Arwah adalah anak kelima daripada enam beradik yang kini bercuti semester dan di tahun dua jurusan Diploma Geomatik di Politeknik Merlimau, Melaka.”

“Arwah juga antara adik yang boleh diharapkan untuk memandu jauh, malah sebelum dia ke Perlis, arwah baru saja pulang dari Kuala Lumpur bersama bapa.”

Semoga kesemua mereka ditempatkan dalam kalangan orang  yang beriman.

Baca : Ini gaji terakhir kak long boleh beri ibu.. Kisah Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Menyayat Hati.

Kaklong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.