Jijik! Gunakan ‘kelebihan’ diri sebagai orang kuat agama untuk pengaruh dan memperdaya mangsa golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang paderi warga Korea telah ditahan atas dakwaan mencabul pengikutnya.
Susulan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang mangsa sebelum menerima 6 lagi laporan yang lain.
Guna alasan ‘pemimpin’
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Dato’ Huzir Bin Mohamed berkata mangsa terdiri daripada 5 lelaki berbangsa Cina warga tempatan berusia dalam lingkungan 27 hingga 40 tahun, mereka merupakan OKU Pekak dan Bisu.
“Mangsa juga merupakan penganut agama kristian dan juga ahli Persatuan Orang Pekak. Mereka kerap menghadiri kelas keagamaan dan aktiviti gereja di sekitar Pulau Pinang dan Selangor”
Mereka memulakan perkenalan semasa menghadiri kelas keagamaan dan menjalankan aktiviti di gereja. Suspek mencabul mangsa dengan cara menyentuh, memeluk, mencium bibit dan menggeselkan kemaluan mangsa.
Tambahnya, modus operandi paderi tersebut akan dilakukan di dalam gereja, dalam kereta dan rumah sewa suspek pada tahun 2011 hingga 2016. Menurut sumber.
Kata Dato’ Huzir Bin Mohamed lagi, warga Korea yang merupakan seorang bapa kepada 2 anak ini akan mendakwa dirinya seorang pemimpin untuk ‘umpan’ mangsa.
“Mangsa lewat membuat laporan polis kerana suspek sering mempengaruhi mangsa dengan mengatakan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin dan mereka perlu menuruti setiap arahannya.”
Hasil siasatan mendapati bahawa terdapat 6 cawangan persatuan ini di Malaysia iaitu 4 di semenanjung yang meliputi, KL, Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Manakala 2 lagi di Sarawak (Sibu dan Kuching).
Suspek telah ditangkap pada 23 Nnovember 2020 dan ditahan reman selama 7 hari bermula 24 hingga 30 November 2020 di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Suspek kemudiannya dikuarantinkan sehingga 8 Disember kerana ada kontak rapat dengan seorang tahanan di lokap yang telah disahkan positif Covid-19.
“Suspek ditangkap semula bersabit laporan polis yang dibuat di Kepala Batas dan diraman selama 4 hari bagi siasatan 2 kes di Pulau Pinang. Kini, suspek telah ditahan reman selama 6 hari mulai 12 hingga 18 disember 2020 bersabit laporan polis di Petaling Jaya.”
Kesemua laporan akan disiasat di bawah Seksyen 345 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.
https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1339555458307133446?s=21
Suspek yang merupakan seorang paderi dan pengaja ‘bible’ di Gereja di sekitar Pulau Pinang itu akan berhadapan dengan 2 pertuduhan di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang pada 21 Disember ini.