in

“Cuba cium, peluk, raba dan beronani” – YouTuber Terkenal Serah Diri Lepas Didakwa Mencabul Seorang Gadis, Kini Direman

Collage 20

Semalam, seorang YouTuber terkenal telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung aduan dakwaan cabul yang dibuat ke atasnya.

Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki berusia 22 tahun ini telah menyerah diri pada 10.30 pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Eo7Bvdxvoaatq Y

Hari Jumaat lepas, seorang wanita berusia 24 tahun telah datang ke balai polis bagi membuat laporan mengatakan dirinya telah dicabul oleh suspek. Kejadian ini dikatakan berlaku pada 1 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian.

Siasatan awal mendapati, mangsa telah dihubungi oleh rakannya dan mangsa ditawarkan untuk berlakon sebuah drama untuk konten YouTuber terkenal itu.

“Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

“Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani.”

Menurut Awani, Majistret Hasyime Rosli telah pun membenarkan perintah reman dua hari ke atas YouTuber tersebut sebentar tadi di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

 

Baca: Didakwa Merogol, Pendakwah Selebriti Ditahan

Screenshot 2020 12 11 At 12.37.55 Pm

Sumber: Awani