in

Senarai 7 Insiden Pesawat Terhempas Di Indonesia Sejak Tahun 2013

Pesawatterhempas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita digemparkan dengan khabar berita yang amat mendukacitakan, nahas pesawat Beoing 737 Lion Air, JT610.


Insiden yang meragut 189 nyawa itu cukup memberikan kesan mendalam buat kita semua. Ia mengingatkan kembali beberapa insiden kecelakaan industri penebangan sejak beberapa tahun tahun lalu.

Memetik daripada  sumber Astro Awani, pesawat Lion Air terhempas ini merupakan kejadian kemalangan pesawat ketiga terjadi. Berikut adalah senarai insiden pesawat yang terjadi sejak tahun 2013 di Indinesia.

 

1. Lion Air terbabas di perairan Bali

Pada April 2013, pesawat  Boeing 737-800 Lion Air terbelah dua selepas terbabas dari landasan kapal terbang dan terhempas di perairan di Bali.

Bagaimanapun, kesemua 108 orang yang berada dalam pesawat tersebut selamat selepas mereka berenang ke tepi pantai. Dilaporkan juruterbang pesawat terbabit kurang berpengalaman.

 

2. Pesawat Air Asia terhempas di Laut Jawa

Pada Disember 2014, penerbangan dari Surabaya ke Singapura berubah menjadi satu tragedi apabila Pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa

Sebanyak 162 nyawa terkorban, awatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia melaporkan bahawa komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu rosak berulang kali termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku pada tahun sebelumnya.

 

3. 44 penumpang dewasa, 5 kanak-kanak dan 5 anak pesawat Trigana Air maut 

Terhempas di Papua New Guinea pada 3 Ogos 2015 yang lalu disebabkan cuaca buruk yang menyebabkan semua 54 warga Indonesia di dalam jet itu maut.

 

4. Dua Pesawat Lion Air bertembung

Pada Mei 2016. dua pesawat Lion Air bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia manakala sebulan sebelum itu, pesawat Batik Air tersangkut dengan sebuah pesawat TransNusa.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

 

5. Pesawat Garuda Tergelincir

Pesawat Garuda tergelincir di Lapangan Terbang Yogyakarta disebabkan hujan lebat, sejurus selepas ia tiba dari Jakarta. Pesawat itu membawa 123 penumpang dan tujuh kru penerbangan. Kejadian berlaku pada Februari 2017.

 

6. 8 penumpang maut, Kanak-kanak 12 tahun sahaja selamat

Hanya kanak-kanak berusia 12 tahun sahaja yang tersalamat dalam pesawat milik Dimonim Air dalam nahas yang mengorbankan lapan mangsa lain pada Ogos lepas.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Lapangan Terbang Oksibil di Papua New Guinea.

7. Pesawat Air Lion JT-60,  29 Oktober 2018

Pesawat Lion Air JT-601 terhempas di Perairan Karawangan di Laut Jawa, Indonesia beberapa minit selepas pesawat model Boeing 737 berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada jam 6.33 pagi tadi.

Buat masa ini, kesemua 189 penumpang dipercayai terkorban. Operasi SAR sedang giat dijalankan.

 

Baca : Nahas Lion Air: Juruterbang Beri Petunjuk Ingin Pulang Ke Pangkalan Sebelum Hilang?

Juru 758X399 1

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.