in

“Senang parking” – Hummer Keluar Model Baru Boleh ‘Crab Walk’?

Hummer5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih terpegun dengan kereta boleh pandu sendiri atau parking sendiri, keluaran baru Hummer ni mesti korang akan lebih terkesima.


Hummer baru boleh ‘berjalan macam ketam’. Haa cuba bayang.

GMC mengumumkan Hummer EV yang boleh bergerak ke sisi menggunakan mod CrabWalk. – Lapor RancakTV

Keempat-empat tayar Hummer EV boleh berputar pada sudut yang sama sehingga 10 darjah dan bergerak secara menyerong, macam ketam berjalan.”

Korang boleh tengok kat sini untuk pengesahan terus dari website GMC.

 

Tunggu dulu, bukan itu je kelebihan dia.

Hummer2

Ada mod Extract boleh membolehkan meningkatkan ketinggian suspension kereta itu sehingga enam inci.

Mempunyai 3 enjin elektrik, 1,000 kuasa kuda dan dalam tempoh 3 saat sahaja boleh mencecah kelajuan sehingga 0-100km/j.

Selain itu, daya tahan baterinya juga menakjubkan. Ia dapat pergi sejauh 590 kilometer sekali cas.

Nak lagi jelas fungsi terbaru mereka, boleh tengok video ni.

Lebih menakjubkan, batch pertama Hummer EV ini akan dikeluarkan pada 2022, tapi ia sudah habis dijual.

Harganya boleh jangka lah kalau dijual di Malaysia, boleh beli rumah sebiji.

Satu unit dijual dengan harga 111,595 dolar, dekat RM470 ribu! Tapi ni harga belum masuk cukai…

Canggil betul teknologi sekarang.

 

Baca : “Dunia makin canggih weyh” – Gempak! Ini Idea Unik Singapura Dalam Atasi Covid-19, Robot Anjing Jadi Pemerhati

Hummer1

Sumber: RancakTV
Sumber: RancakTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.