Setiap pasangan mesti nak ada gambar perkahwinan pada hari bahagia mereka untuk dijadikan kenangan kan?
Samalah macam pasangan ini, macam orang lain, dorang buat keputusan untuk ambil gambar memakai baju pengantin di Klebang,Melaka tapi bukan sebab dorang baru berkahwin…
Dorang sebenarnya ambil gambar ini sempena sambutan anniversary yang ke-10 tau! Siap bawak anak-anak lagi!
Menurut mStar, pasangan ini menceritakan, tujuan dorang ambil gambar ini sebab 10 tahun dulu dorang dah kena tipu dengan photographer.
Isteri yang juga ibu kepada tiga orang anak, Norlita Chik Rus mengatakan yang mereka bukan sahaja kena tipu, tapi duit pun hilang sekali. Bukan seratus dua ratus, tapi lebih RM1000 yang lesap. Bukan sikit duit yang hilang macam tu je.
“Selepas sebulan majlis kahwin di pihak keluarga saya, jurugambar tu bagi macam-macam alasan bila kami minta gambar. Lepas berbulan-bulan, gambar itu tak dapat-dapat pun sampai sekarang. Bila contact balik, nombor dah tak boleh dihubungi padahal duit servis dah bayar.”
Tunggu ada rezeki
Malangnya, lepas kejadian kena tipu itu, Norlita bertahun-tahun rancang nak ambil gambar kahwin dengan suami sambil pakai baju kahwin. Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi masa itu.
Apatah lagi Norlita hanya merupakan pekerja kilang dan suaminya pula bekerja di kedai makan membuatkan mereka menghadapi masalah kewangan untuk bayar servis jurugambar.
“Setiap kali anniversary memang terfikir nak buat. Tapi sebab tak mampu, pendamkan saja hasrat tu sehinggalah sumber pendapatan kami bertambah baik.”
Seronok tak terkata
Lepas 10 tahun , Norlita nekad nak ambil juga gambar kahwin mereka. Pada mulanya wanita itu ada tempah servis jurugambar tapi terpaksa cancel last minute sebab ada perjanjian antara mereka dengan jurugambar yang tak capai sepakat.
Pasangan itu bersyukur sangat sebab akhirnya ada jurugambar yang sudi bantu mereka realisasikan impian untuk bergambar dengan busana kahwin.
“Rasa seronok sangat tak terkata. Syukur Alhamdulillah.”
Akhirnya, lepas 10 tahun ye tunggu. Ada juga rezeki ambil gambar kahwin.
Sumber: mStar
Baca: “Ni nak hashtag apa pulak”- Viral Aksi ‘Freestyle’ Gambar Kahwin Di Twitter Jadi Kecaman Netizen