in

“Semuanya angkara sahabat baik juga!” – Arwah Julia : Dibunuh Rakan Sama Sekolah & BF Suspek Lepas Dirogol

Juliana

Kita semua faham mengenai peristiwa hiba yang menimpa kepada keluarga Ismail Muda, 58, apabila anaknya yang baru berumur 19 tahun, Allahyarhan Siti Surya dibunuh oleh kawan baik sendiri dengan kejam.

Ekoran dengan kehangatan isu tentang pembunuhan Siti Surya, ia mengingatkan seorang wartawan penjenayah Syahril A. Kadir tentang kes yang pernah terjadi lebih kurang sama kira-kira 13 tahun lepas.

 

Arwah Juliana : Dibunuh angkara sahabat baik & teman lelakinya

123440843 10158760498033050 8954116274559988062 N

Adik Juliana Md Fuzi, atau lebih dikenali sebagai arwah Juliana, pada waktu itu umurnya baru 20 tahun. Insiden ini berlaku kira-kira 13 tahun lalu di Kuala Lumpur.

Insiden gelap ini berlaku saat arwah ada bersua dengn suspek yang merupakan kawan wanitanya dalam satu majlis reunion sekolah rendah mereka.

Suspek ada mengajak arwah untuk satu sesi ‘makan-makan’ sebab dah lama tak jumpa. Tapi, rupa-rupanya suspek dah bersekongkol untuk melakukan ‘sesuatu’ dengan teman lelakinya terhadap mangsa.

Mereka membawa arwah ke sebuah hotel, konon nak ambil barang tertinggal. Di hotel itulah mereka samun, lebih kejam lagi, teman lelaki merogol arwah. Kemudian leher mangsa dijerut sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Suspek tak mengaku bersalah

25400459059058L 1

Kedua-dua suspek telah berjaya diberkas oleh polis. Mereka didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati pada 14 Julai 2009.

Tak puas hati, dengan keputusan itu, mereka membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan tetapi hanya sia-sia.

Setelah 5 tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.

Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki.

 

“Mama, saya tak bunuh! Saya tak bunuh!” – Suspek

Sebagai wartawan jenayah, Syahril ada kongsikan situasi di mahkamah. Katanya suspek bersungguh-sungguh menafikan dirinya terlibat dalam kes tersebut.

Suspek sampai menangis teresak-esak merayu kepada ibu bapa supaya terlepas daripada tuduhan itu.

“Mama, saya tak bunuh! Saya tak bunuh!,” katanya sambil meraung.

Disebabkan kes ini dan adik Siti Surya, sebagai insan biasa Syahril juga tertanya-tanya.

Img 5570

“Mengapa mereka sanggup bersekongkol menyamun dan membunuh sahabat baik sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!”

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh adik Juliana dan adik Siti Nur Surya yang dibunuh oleh sahabat mereka sendiri.

 

Baca : Netizen ‘Selongkar’ FB Suspek Bunuh Siti Surya, Jumpa Posting Tengok Filem Kejam ‘The Meat Grinder’

Mg

Sumber: Facebook