in

“Semua pakai gelang putih” – Tiga Anggota Tentera Kantoi ‘Fly’ Dari Kem, Langgar Perintah Kuarantin di Berek!

Tentera Pkpp

Tiga anggota tentera yang baru kembali ke Sibu didapati melanggar perintah kuarantin dan dilaporkan keluar dari kem tentera, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam yang terjumpa ketiga-tiga anggota berusia antara 23 dan 28 tahun itu di dalam kereta kira-kira jam 3 petang.

“Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel.”

“Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka.”

Tentera1

Menurut Utusan Borneo, mereka didapati masih memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas masing-masing baru pulang dari Kelantan, Melaka dan Johor.

Siasatan lanjut turut mendapati mereka telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di berek kem namun sebaliknya tidak dipatuhi.

“Ketiga-tiga lelaki yang merupakan anggota tentera dari Kem 14, Jalan Oya di sini gagal memaklumkan dan memberi penjelasan berada di tempat awam dalam keadaan memakai gelang putih kurantin PKPP.”

Bagaimanapun, mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Baca: Makcik Gelang Pink Langgar Arahan Kuarantin Kena Penjara Sehari, Denda RM8,000!

Gelang Pink