in

“Semua organ dah rosak” – Lelaki Culik Cucu Jiran Usia 4 Tahun, Rogol Dalam Longkang & Hantar Balik Rumah

Ft Rogol

Jiran durjana!

Seorang lelaki berusia 54 tahun dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun. Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku di Harbin, China Ogos lepas.

Rogol2

Semuanya terbongkar apabila keluarga Yan Yan telah membuat laporan kehilangannya pada petang itu dan mereka memberitahu pihak polis sebelum Yan Yan hilang, Liu ada membawanya keluar dari rumah selepas datang untuk meminta minuman.

Keesokan pagi, Liu telah menghantar Yan Yan pulang ke rumah keluarganya di mana mereka terkejut apabila ternampak kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan lebam serta tompokan darah pada seluarnya.

Rogol3

Liu rupanya telah menculik cucu jirannya bernama Yan Yan sebelum bertindak merogol kanak-kanak tersebut di dalam longkang. Kata nenek Yan Yan,

Dia bawa anak (cucu) saya pulang pada jam 6 pagi. (Bila tengok keadaan) saya tahu sesuatu yang buruk telah berlaku, dia telah mencederakan anak (cucu) saya.”

Pada hari yang sama, pihak polis telah menahan Liu dan menyedihkan, Yan Yan telah didiagnosis dengan jangkitan kuman. Akibat perbuatan Liu itu, semua organ kanak-kanak terbabit disahkan rosak dan terkena jangkitan kuman selain turut mengalami kegagalan buah pinggang.

Rogol1

Yan Yan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) kerana kecederaan parah dialaminya itu.

Sementara itu, ketika perbicaraan pada Rabu, Liu mengaku bersalah melakukan serangan seksual dan merogol kanak-kanak berusia 4 tahun itu di dalam longkang saliran air berdekatan tapak pembinaan selepas menculiknya dari keluarganya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Liu dan melucutkan hak politik seumur hidup atas kesalahan jenayah rogol dilakukannya itu. Menurut pihak berkuasa, Liu sebelum ini pernah menjalani dua hukuman bunuh dan rogol namun tidak insaf.

Rogol4

Baca: “Nenek baru je keluar hospital & makin sembuh” – Bekas Jiran Datang Melawat, Rupa-rupanya Nak Promote Pakej Keranda

Keranda3

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail